Usahawan dan pensohor media sosial popular, Sasha Aziz, telah bercerita tentang pengalaman beliau menunaikan umrah bersama keluarga dalam sebuah wawancara di podcast Apa Cerita? baru-baru ini.
Sasha berkongsi bahawa beliau telah lama bercita-cita untuk menunaikan ibadah di tanah suci Mekah dengan menggunakan wang simpanan beliau, sambil membawa ibu dan anak-anaknya.
“Saya nak pergi umrah nak bawa satu family. Dengan simpanan duit yang saya ada ini, saya nak bawa ibu dan anak-anak saya semua.”
“Saya tanya kawan saya sebelum pergi umrah, selalunya apa yang mereka doakan? Sebab saya tak pernah pergi. Kemudian kawan saya kata, ‘kau tawaf tujuh kali, kau doa kau kaya’.”
Walaupun begitu, apabila berada di depan Kaabah, Sasha tidak dapat menahan air matanya dan meminta agar Allah memberikan petunjuk baginya untuk menutup aurat dengan betul.
“Sampai depan Kaabah, niat nak doa kaya tiba-tiba saya menangis gila-gila. Masa saya tawaf tu saya cakap, ‘Ya Allah saya nak pakai tudung, nak tutup aurat‘.”
“Tadi saya nak doa kaya sebab semua orang nak jadi kaya tapi saya tak tahu waktu pergi depan Kaabah tu..saya cakap Ya Allah saya struggle sangat nak tutup aurat.”
Melihat di ruangan komen hantaran video podcast itu, ramai mendoakan agar ibu kepada dua orang anak itu kekal istiqamah dalam perjalanan hijrah.
“Alhamdulillah, semoga terus istiqamah. Syurga itu mahal dari seisi dunia, sama-sama kita usaha untuk mencari akhirat. Moga Allah merahmati. Amin.” doa netizen.
Baca:
Peminat risau tengok keadaan terkini Justin Bieber, tapi lain pula kata isteri
“Hanya Allah je tahu” – Ingatkan ‘scammer’, Wan Maimunah syukur doa tunai haji dimakbulkan