Realtime website trackingweb stats

Niat mahu cari kerja halal, wanita berani ini jadi pemandu treler

Oleh ABDULLAH HAMID

Wanita ini menunjukkan kebolehannya menjadi pemandu treler.

“Saya selalu lihat video wanita memandu treler di TikTok dan ketika itu terfikir kalau mereka boleh, kenapa saya tidak boleh melakukan perkara sama,” kata Siti Hajar Mat Kasa.

Siti Hajar, 36 tahun, adalah seorang pemandu treler yang telah menghantar barang-barang ke hampir seluruh Semenanjung Malaysia selama enam bulan terakhir.

Niat mahu cari kerja halal, wanita berani ini jadi pemandu treler

Wanita ini juga rajin berkongsi video memandu kenderaan beratnya di TikTok, dan video-videonya mendapat perhatian dari pengguna sosial media tersebut.

Sebagai seorang ibu kepada dua anak lelaki berumur empat dan tujuh tahun, Siti Hajar berkata bahwa dia telah mendapat lesen E penuh pada bulan Februari yang lalu, walaupun sebenarnya dia sudah belajar memandu kenderaan berat sejak dua tahun yang lalu.

Baginya, semua usaha ini dilakukan atas dasar minat, keinginan untuk menguji kebolehan diri, dan juga untuk merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.

“Sebelum ini saya berniaga pencuci mulut yang dihasilkan dan dihantar sendiri selama lima tahun secara kecil-kecilan. Saya mencari kerja baharu yang ada penyata gaji kerana berhasrat membeli rumah sendiri.

“Itu yang mendorong saya memilih kerjaya pemandu lori. Saya mulanya ikut rakan untuk belajar cara memandu, turun dan naik bukit dan di selekoh. Lesen memandu lambat diperoleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Siti Hajar memberitahu, treler yang sedang dikendalikannya sekarang adalah yang ketiga.

Dua treler sebelum ini adalah jenis kontena yang hanya menghantar barang dari pelabuhan sekitar Johor ke kawasan sekitarnya serta dari selatan ke utara sahaja.

Dia menjelaskan, kini dia membawa pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan kayu, ke seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu.

“Ironinya kerjaya ini mencabar walaupun orang melihat kami berkerja secara santai tetapi kami perlu menahan mata untuk perjalanan yang jauh lebih 200 kilometer (km) sehari, tidur pun di tepi jalan atau di hentian rehat, makan pun kadang-kadang tak sempat.

“Pada mulanya memang agak sukar nak pandu kenderaan berat tetapi selepas kita tahu cara yang betul itu tidak menjadi masalah asalkan kita ada keyakinan serta keberanian,” kata anak jati Kampung Cahaya Baru, di sini.

Bagi dia, pengalaman yang tak terlupakan ialah saat ditegur kerana mengambil masa lama untuk membuat pusingan U, diuji mengenai kemampuan memandu kenderaan berat, dan juga mendapat pujian kerana keberanian memandu treler.

“Ada juga yang terkejut kerana mereka ingatkan lelaki yang pandu dan saya juga kadang-kadang ada memakai baju kurung ketika ketika pulang menghantar barang sebab kurang sibuk dan tetap memakai seluar panjang di dalam kain.

“Sebelum ini, ibu bapa juga tak benarkan saya memandu treler, malah mereka minta saya cari kerja lain tetapi akhirnya bersetuju. Pada saya ini usaha saya mencari rezeki halal,” katanya.

Tentang apa yang Siti Hajar kongsikan di TikTok, dia menyatakan bahawa tujuannya hanyalah untuk menyimpan kenangan, bukan untuk menunjukkan kemahiran memandu kenderaan berat tersebut.

“Sebenarnya sudah ramai kaum hawa memandu kenderaan berat dan ia bukan perkara baharu. Saya juga bukan mahu menunjuk boleh menjadi seperti lelaki sebaliknya hanya mencari rezeki halal,” katanya.

Baca:

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap

Teringat zaman sekolah? Wajib cuba resipi mee kicap ala mak cik kantin menggamit kenangan sekolah