Realtime website trackingweb stats

“Nanti cakap lebih-lebih cakap saya nak cetuskan isu pulak” – Shakilla persoal Fizi tekap mulut anak

Oleh SHAZLIN AZIZ

 

Pelakon Shakilla Khoriri merasa tidak senang apabila melihat anak perempuannya, Ameena Sofia, dalam gambar perkahwinan bekas suaminya, Fizi Ali, dengan isteri baru Fizi Ali.

Dalam gambar tersebut, mulut Ameena Sofia ditutup oleh anak perempuan isteri baharu bekas suaminya, Fizi Ali

Sebagai seorang ibu, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34 tahun, telah bertanya kepada Fizi mengenai perkara ini.

Namun, sehingga hari ini, dia masih belum menerima sebarang penjelasan.

“Sebagai seorang ibu, tidak gembira melihat foto tersebut dan saya sudah minta komen daripada Fizi tetapi masih tiada respons daripada dia.

“Sekurang-kurangnya saya dapat penjelasan mengapa mulut Ameena ditekup. Bukan nak marah sebab saya pun tahu anak saya macam mana.

“Nanti kalau cakap lebih-lebih, tuduh saya sengaja cetuskan isu. Kalau boleh jelaskan dan jangan diam sampai sekarang,” katanya kepada media semalam.

Dalam masa yang sama, pelakon drama “Saat Kau Takluk Cinta Ini” menjelaskan persoalan orang ramai, yang mana dia tidak tahu tentang perkahwinan Fizi bersama seorang wanita bernama Siti Zulaikha yang berlangsung kelmarin.

Dia berkata, Fizi hanya mengatakan dia ingin membawa Ameena ke taman tema air.

“Sebenarnya terkejut apabila dapat tahu dia sudah bernikah tetapi saya tiada masalah kalau dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu jawab apa apabila orang bertanya.

“Dia pun tidak beritahu hal itu dan hanya memaklumkan mahu ambil anak sebab nak pergi taman tema air.

“Bagi saya, sebagai bapa kepada anak kami, sepatutnya berterus-terang pada sahaja,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Shakilla sentiasa berdoa agar rumah tangga Fizi yang dibina bersama isteri barunya itu bahagia. Namun, dia menegaskan supaya tidak ada tindakan yang menyakitkan Ameena.

“Saya harap Ameena tidak akan sesekali disakiti atau rasa terasing apabila bersama Fizi dan keluarga baharu sebab dia jenis akan bercerita.

“Saya okey kalau dia buat anak saya gembira tapi kalau Ameena disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” ujarnya.

Semalam, Fizi membuat kejutan dengan berkongsi berita gembira bahawa dia telah selamat berkahwin dengan Siti Zulaikha.

Upacara perkahwinan mereka dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga. Siti Zulaikha ialah seorang usahawan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Sebelum ini, Fizi atau nama penuhnya Mohd Hafizudin Alimudin, 34 tahun, dan Shakilla telah berkahwin pada 18 Februari 2018.

Namun, mereka bercerai pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ameena yang kini berusia empat tahun hasil dari perkahwinan mereka.

Baca:

Razan Al-Najar gadis Palestin jadi ketakutan Zionis Israel

Tak pernah berlaku kelab bola sepak dihalang ke padang latihan, Kelantan FC kena ‘buli’ dengan Jabatan Pertanian

Ramai kagum tengok Elfira Loy meneran sambil tersenyum, siap dedah petua bidan