Realtime website trackingweb stats

‘Nak tidur malam, mula bicara semua benda pelik datang’, tak sangka lain macam cabaran dihadapi peguam

Oleh HADI KAMARUDIN

Seorang peguam menceritakan bermacam-macam cabaran mereka hadapi termasuk kena santau sehingga nak tidur malam dan bicara di mahkamah pun semua benda pelik datang.

Tidak kurang juga persepsi negatif sebahagian masyarakat kita yang menghukum sebelah kaki peguam berada di neraka.

Paling ketara ialah soal duit apabila bukan sedikit kes peguam tak dibayar apa pun termasuk alasan sebab kawan selain ‘client’ yang tiba-tiba ghaib!

Ikuti perkongsian Hayat Muhamad mengenai sisi gelap kerjaya peguam ini:

Kebanyakan peguam hanya dapat 60% sahaja sahaja fee guaman walaupun sudah dipersetujui awal.

Jumlah 40% baki biasanya orang tak bayar, tak nak bayar, dan enggan bayar. Ada yang bayar 100% tetapi tak ramai. Orang akan minta diskaun gila-gila.

Kebanyakan client kalau terdiri dari kawan-kawan akan bermasalah. Sebab mereka akan minta tolong bukannya nak lantik peguam profesional pun.

Mereka takkan ikut standard legal fees kita tetapi nanti akan bagi “duit air” ikut suka mereka.

Kalau ada kawan-kawan yang boleh bayar legal fees dengan baik, mereka sangat dihargai. Ada juga yang langsung tak nak bayar walau satu sen.

Kerja peguam kebanyakannya sangat tidak ada ketentuan. Sebab keputusan perbicaraan akan ada yang menang, ada yang kalah.

Hari tak selalunya cerah. Kadangkala ketika awal, kita rasa boleh menang. Bila semua saksi beri keterangan, fakta yang ada tidak memihak. Kena hadapi apa jua keputusan.

Hukuman kadangkala berat. Penjara berpuluh-puluh tahun. Benda ni akan menghentak pemikiran jiwa dan emosi peguam.

Kena belajar tenangkan diri. Kena belajar berserah. Kita masih ada peluang untuk buat rayuan di Mahkamah yang lagi tinggi.

Peguam juga manusia biasa. Nak hidup macam orang biasa kadangkala tak boleh. Handphone ringing sepanjang masa.

Ramai orang tanya isu undang-undang dan mahu jawapan segera. Tak angkat salah. Kalau angkat, kadangkala berjam-jam kena explain.

Bila dah dapat jawapan, barulah mereka nampak jalan. Tapi mereka lantik peguam lain pula. Banyak waktu orang call pukul 1-4 pagi. Biasanya bila ahli keluarga kena tangkap. Cuti kadangkala tergadai.

Paling murah

Banyak orang call tanya harga.

“Berapa kalau lantik kes seksyen 39B?”.

Lepas itu, orang akan call lawyer lain pula. Mereka nak harga paling murah tetapi nak cari lawyer paling handal.

Sebenarnya, kalah menang semua bergantung pada fakta kes, saksi dan bukti. Kalau dah terang dan jelas, payah juga.

Jadi, peguam akan fikirkan apa alternatif lain. Kau kena faham apabila peguam masukkan surat representasi.

Banyak orang akan marah kalau peguam nasihatkan supaya mengaku salah.

Apabila meneliti kes, setelah keterangan saksi, peguam akan beri nasihat.

Sebabnya, kes tak kuat untuk diteruskan. Masa ini, orang akan kata “Buat apa pakai peguam?”.

Kita fikir yang terbaik buat tertuduh. Hukuman apabila selepas habis semua saksi beri keterangan adalah berbeza kalau mengaku salah di awal perbicaraan.

Berhadapan dengan orang yang tak puas hati. Kita lawan dalam mahkamah. Tapi orang yang kita lawan akan viralkan kita, ugut semua benda.

Kita sama-sama lawyer tak ada masalah. Kita kena hadap. Kadangkala benda ni berpanjangan.

Dalam Facebook, kau mesti pernah tengok, orang akan hentam lawyer apabila tak suka dengan seseorang yang dia wakili.

Ramai kawan dalam legal profession secara senyap kena santau. Asal nak bicara saja, klien minta nama. Dia nak buat kes dia menang, habis orang demam.

Orang yang lalui sahaja memahami. Siapa yang dia jumpa pun tak tahulah. Nak tidur malam, nak mula bicara, tengah bicara, semua benda pelik datang.

Kerja yang memerlukan jumpa orang sepanjang masa. 10 orang nak jumpa. Susunlah pertemuan di pejabat atau mana-mana.

Kalau jumpa minum kat mana-mana, duit peguam juga yang bayar. Jumpa hanya nak tanya tanya sahaja.

Dari 10 tu belum tentu semua lantik kita. Kalau dapat 2 orang pun okay. Ada yang dajalkan kita, suruh jumpa di Kota Bharu, lepas jumpa dapat apa jawapan yang dia nak, dia pun pergi macam tu. Duit minyak kita turun, dia tak bayar. Baiklah call je nak tanya apa-apa.

Lantikan yang tak jadi. Benda ni kena redha. Kita dah dilantik, kita pergi mahkamah, orang lantik peguam lain. Benda ni memang ada orang buat. Kita pun pulanglah dengan kecewa.

Kita tak ada hal. Tapi cakaplah awal-awal. Sebab apa tak jadi? Sebab saat-saat akhir, ada orang potong di selekoh akhir. Bisnes ini merupakan sebuah persaingan. Normal saja persaingan ini. Kadangkala benda ni tak sihat.

Profesion peguam ini orang akan memandang dengan negatif. Persepsi negatif orang masih menebal. Kita cakap “ innocent until proven guilty” orang tak percaya.

Mereka beritahu kita “ Guilty until proven innocent” itu yang betul. Kalau dah ada report, kira salahlah. Hahahah.

Adakala klien kita sendiri jadi lawan kita. Kita dah buat yang terbaik, tetapi ada waktu, klien kita sendiri saman kita.

Kita sendiri pun pernah lawan client kita sendiri. Ada orang bila kes selesai, dia lari. Tak nak bayar. Akhirnya, jumpa semula atas kes yang lain. Kita relaks saja.

Kita pun banyak tolong orang buat kes percuma atau kenakan fee yang rendah. Tapi orang tak tahu. Sebab persepsi negatif yang tebal, orang tak nampak ialah satu kebajikan dan kebaikan.

Orang hanya berfikir peguam sebelah kaki masuk neraka. Kecuali apabila terdesak memerlukan peguam, barulah orang akan berterima kasih kepada peguam.

Ramai juga orang menggunakan peguam untuk mengukuhkan kedudukan. “This is my lawyer.” “Please contact my lawyer!”.

Kalau orang tersebut ada good character, kita tak ada masalah. Tapi kalau dia suka bergaduh dengan orang, reputasi kita akan bermasalah.

Ada juga orang petik nama kita apabila nak takutkan orang. Padahal, kita tak kenal pun orang itu.

“Betul ke awak peguam orang ni?” “Tak!”. Benda ni pun kita dah kena.

Lawyer akan berhadapan dengan ugutan, cacian, makian. Nak semua tenang, indah, smooth, memang payah. Hati kena keras. Ini akhir zaman.

Cara orang bergaduh lain macam. Bila orang tak puas hati, zahir batin orang guna nak jatuhkan kita.

Kadang kala rasa buntu. Kita akan solat hajat untuk minta cara dan kaedah bagaimana nak selesaikannya. Kita tahajud, kita berzikir supaya Allah beri petunjuk.

Sebenarnya banyak kes boleh menang. Tapi orang tak mampu pakai lawyer. Ada juga kes boleh menang, tapi saksi tak nak beri kerjasama. Hal itu paling frust.

Sebenarnya juga kan, banyak kes boleh menang. Tapi orang tak lantik kita. Kita nak beritahu bagaimana boleh menang, kita tak boleh.

Sebabnya kes orang tu sama dengan kes yang kita dah handle dengan fakta yang sama di hadapan Tuan Hakim yang sama. Tapi apakan daya…

Kadangkala orang kampung kita tak yakin dengan kita. Tapi orang yang jauh pula yakin dengan kemampuan kita.

“Kito nak pakai lawyer Kolupo!”. Sedangkan ore Kolupo pakai kita. Terpulanglah. Kalau orang was-was dengan kita, tak ada hal.

Sebenarnya, peguam masih tak cukup. Walaupun peguam ramai, tapi nak cari yang betul-betul mahir, tak ramai ye. Setiap peguam ada experties dia.

Sebenarnya, kita peguam tak ambil semua kes. Banyak kes juga kita tolak. Ada sebab kita tolak. Maksudnya kita bukan letak keutamaan pada duit sahaja. Kita tengok merit kes macam mana.

Walaupun ada sisi gelap, sisi yang baik ialah kita mampu membantu masyarakat dalam bidang ini.

Semua famili akan ada masalah undang-undang yang perlu diselesaikan. Jadi, profession peguam tidaklah tamat di sini.

Selamat berjaya kawan-kawan. Saja bercerita supaya orang tahu bahawa realiti hidup ini keras. ILUSM. Haha

Baca:

”Ia terlalu sejuk” – Ratu cantik berdepan detik ngeri & hilang anggota badan ketika daki Puncak Mera

“Kena faham saya…” – Lakonan Fazura terima kecaman, namun lain pula respon empunya diri

“Ingatkan sinki, rupanya…” – Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini