Realtime website trackingweb stats

Nafsu makan lain macam, daging beruang penyebab puluhan lembu tenusu mati jadi buruan

Oleh ADINDA

Nafsu makan lain macam, daging beruang penyebab puluhan lembu tenusu mati jadi buruan.

Daging daripada beruang pemangsa digelar ‘Ninja Kuma’ yang mengganas di Jepun kerana menyerang dan memakan lembu, kini boleh dinikmati di restoran di seluruh negara ini.

Beruang coklat yang diberi nama kod ‘Oso18’ ditembak mati oleh pemburu di wilayah utara Jepun, pada akhir Julai.

Ia selepas pihak berkuasa mengaitkannya dengan kematian sekurang-kurangnya 32 lembu tenusu, antara Julai 2019 dan Jun tahun ini.

Pemburuan beruang itu juga menjadi subjek dokumentari oleh penyiar Jepun, NHK.

Haiwan seberat 304 kilogram (kg) dan setinggi 2.1 meter itu ditembak berhampiran tanah ladang di bandar Kushiro, pada awal pagi 30 Julai lalu.

Tanpa mengetahui beruang itu adalah Oso18, pemburu tidak dikenali yang berusia 40-an itu membawanya ke tempat pemprosesan daging.

Pakar berpendapat bahawa bangkai beruang itu sebenarnya boleh diawet dan dipamerkan.

Bagaimanapun, peminat daging haiwan hasil buruan ternyata tidak sabar untuk menikmati daging beruang ‘Ninja Kuma’ itu.

Daging beruang itu sudah dijual ke restoran di bandar termasuk Tokyo, Kyoto, Osaka dan bandar Kushiro iaitu lokasi ia ditangkap, tanpa diketahui oleh pengusaha restoran bahawa ia adalah Oso18.

Analisis asid deoksiribonukleik (DNA) DNA yang meluas oleh institut penyelidikan di Hokkaido membawa kepada pengesahan pada 22 Ogos bahawa haiwan terbabit sememangnya adalah Oso18.

Namun, pendedahan lewat itu mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan orang ramai yang bergegas ke restoran untuk menikmati daging beruang berkenaan.

Tidak sampai tiga hari, semua bahagian daging yang tersedia habis dijual di kedai dalam talian Kushiro Tancho Shoten, yang menjual makanan Hokkaido.

Sebuah restoran Tokyo yang mengkhususkan diri dalam daging buruan, Amakara Kumakara, menghidangkan daging paha beruang itu, sejak 14 Ogos lalu.

Baca:

Gaji pekerja di restoran dah macam korporat, padanlah kos sara hidup pun tinggi

Hilang setengah abad pun dah jumpa, dunia makin panas ‘pulangkan’ rangka pendaki

Sudahlah hina agama, artis K-Pop ini berkeras enggan minta maaf