Penyanyi Azharina Azhar turut mengulas mengenai sikap Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang kerap menggunakan isu ‘body shaming’ sebagai elemen humor di atas pentas Gegar Vaganza (GV).
Azharina bagaimanapun memuji sifat baik hati kedua-dua pengacara tersebut walaupun mereka seringkali mengadakan gurauan yang kasar.
“Cakaplah apa sahaja, dia tetap Nabil. Hauk macam mana pun, dia sebenarnya individu yang baik di belakang tabir
“Namun dia tiada ‘sensor filter’ (penapis) dan sensor pintar, jadi kita terimalah dengan reda,” kata Azharina seperti dipetik Kosmo.
Ketika konsert minggu keenam GV, Nabil Ahmad telah membuat gurauan yang menyentuh tentang rupa paras Jihan Muse, menyebabkan reaksi negatif daripada penonton.
Azharina, dalam usaha untuk mendamaikan situasi, meminta orang ramai lebih toleran terhadap jenaka yang dibuat oleh Nabil kerana mendakwa pelawak itu adalah individu yang baik di luar pentas.
Sebelum ini, netizen telah mengkritik Nabil dengan menyifatkan beliau kurang sensitif terhadap perasaan orang lain, dan ada yang bimbang perkara ini akan menjadi contoh buruk kepada penonton yang lebih muda.
Azharina mengesyorkan agar Nabil menjaga perkataannya dan mengambil kira kesan yang mungkin timbul daripada tindakannya di pentas GV.
Walaupun Jihan Muse telah memberi reaksi positif terhadap gurauan Nabil, penonton dan netizen merasakan ia mungkin tidak sesuai untuk tontonan umum.
Terdapat juga teguran agar Nabil lebih beretika dalam gurauannya dan menjaga kata-katanya, memandangkan dia telah mengikuti aktiviti tabligh.
Azharina menyatakan bahawa individu yang dipersenda untuk tidak menyimpan dendam terhadap perkara-perkara negatif yang dijadikan bahan gurauan oleh Nabil dan Jihan.
Dia menganggap penting untuk tidak malayan kata-kata tersebut dan mengelakkan rasa terlalu tersinggung.
Azharina juga mengakui bahawa dirinya turut terkilan dengan gurauan yang merendahkan nama bapa penyanyi Azmi Saat oleh Jihan pada konsert minggu ketiga GV10.
Namun, beliau menyatakan bahawa kedua-dua pelawak tersebut, Nabil dan Jihan sering membuat gurauan seperti ini, dan orang ramai seharusnya tidak terlalu sentap dan menghabiskan masa yang berlebihan untuk hal ini.
Baca:
Tengah makan burger teringat darah mengalir, boikot francais si pengganas sebenarnya berkesan