Realtime website trackingweb stats

Mudahnya warga asing buat duit di Malaysia, boleh pula pemuda Pakistan menyamar jadi doktor

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Warga asing dilihat mudah betul buat duit di Malaysia hingga boleh pula menyamar jadi doktor ketika anak Malaysia sendiri bertungkus lumus untuk cemerlang sebelum diiktiraf sebagai pegawai perubatan.

Itu yang berlaku apabila pemuda warganegara Pakistan didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, 20 Disember.

Pemegang ijazah perubatan dari sebuah universiti di China itu didakwa menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik swasta di ibu negara, awal bulan November lalu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim turut memerintahkan Suhaib Jalal, 26, dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu dengan menyamar sebagai pegawai perubatan, sehingga mendorong seseorang untuk mempercayai bahawa tertuduh berkelulusan menjalankan amalan perubatan.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah klinik swasta di Taman Maluri, Cheras pada pukul 9 malam, 1 Disember lalu.

Mengikut fakta kes, selepas serbuan di lokasi kejadian, pihak polis mendapati tertuduh menawarkan khidmat rawatan kesihatan tanpa sijil perakuan yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semasa prosiding, peguam Tripatjit Singh bersama-sama Tharanjit Singh yang mewakili Suhaib merayu agar anak guamnya dikenakan denda minimum.

“Dia telah direman selama 19 hari dan merupakan seorang graduan jurusan perubatan dari sebuah universiti di China.

“Namun, anak guam tidak mempunyai sijil pengesahan daripada KKM untuk menawarkan khidmat perubatan di negara ini,” katanya lagi.

Baca:

Puasa dan Raya dah nak dekat, Covid-19 makin menjadi, lelaki ini serik 12 jam tidur bertemankan mayat

Pemilik restoran sotong cekik darah RM50 dah kena serbu,ini kata KPDN wajib peniaga lain baca

‘Gula itu tenaga…’ – Penjual air balang susu ini ‘bantu’ orang ramai cepat potong kaki