Realtime website trackingweb stats

Mondy Tatto dakwa diraba dan hampir dicium ustaz, dah jadi kes polis pulak

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Mondy Tatto dakwa diraba dan hampir dicium ustaz, dah jadi kes polis pulak.

Selebriti terkenal dari Indonesia, Mondy Tatto, mendedahkan bahawa beliau telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pendakwah bebas yang juga terkenal di Malaysia ketika beliau tiba di Malaysia pada tahun ini.

Pengakuan mengejutkan ini dibuat oleh Mondy dalam sebuah podcast khas yang dihoskan oleh penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.

Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik, seorang ibu tunggal itu menceritakan pengalaman sebenar dengan pendakwah tersebut yang dianggapnya sebagai perbuatan yang sangat tidak senonoh.

“Ada satu kejadian kurang sopan berlaku di dalam kereta. Tangan saya dipegang dan diusap ustaz itu sehingga hampir ‘kantoi’.

“Jangankan seorang ustaz, seorang lelaki dan perempuan kalau bukan mahram bersentuhan adalah perbuatan yang salah. Namun terjadi sentuhan ketika hari pertama saya tiba di Malaysia.

“Dia ini pandai agama, tapi kenapa dia pegang tangan saya sedangkan saya bukan mahramnya. Saya lepaskan tangan dari genggamannya, kemudian beritahu perbuatannya itu tidak baik.

“Dia bagaimanapun minta saya diam kerana ada orang lain di dalam kereta itu,” katanya.

Tidak hanya itu, perbuatan ‘keji’ yang dikatakan dilakukan oleh ustaz tersebut berulang kali, termasuklah insiden di dalam sebuah bilik.

“Dia pakai jubah, kemudian dia tarik kain jubahnya. Dia tutup langsir dan cuba mendekatkan wajahnya ke muka saya sehingga saya terkejut.

“Mujurlah ada orang ketuk pintu ketika itu iaitu pemandu peribadinya dan dia terus berubah dan membetulkan posisinya. Pemandu peribadinya bertanya kenapa langsir ditutup, dia beritahu saya silau,” katanya.

Walaupun mengalami kelakuan yang tidak sopan terhadapnya, Mondy masih mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang pernah diterima daripada ustaz tersebut dan menegaskan bahawa pengakuan ini bukanlah untuk menfitnah.

“Saya berterima kasih atas kebaikannya dan ingin terima kasih atas sesuatu yang sudah dia lakukan ke atas saya. Ini bukan fitnah atau cakap kosong. Satu hari nanti pasti terbukti dan ada tempatnya.” katanya.

Terbaru, seorang pendakwah bebas, baru-baru ini telah membuat laporan polis mendakwa terdapat tuduhan fitnah yang berlebihan yang diarahkan kepada dirinya.

Dia menggunakan platform Instagram untuk berkongsi bahawa beliau telah membuat laporan polis ini sebaik sahaja tiba dari Jeddah, Arab Saudi, pada tengah malam yang lalu.

Baca:

Video mesra dengan emoji love, caption “musibah dalam nikmat” dedah Farid Kamil dan Diana Danielle dah berbaik semula

Sembelit sampai seminggu boleh hilang nyawa, warga emas ini maut ketika cuba ‘membuang’

Suri rumah kongsi 4 tips ‘confirm jadi’ buat rumah sentiasa bersih dan bau wangi, guna barang kat dapur je pun