Realtime website trackingweb stats

Membesar dengan kompleks PKNS & SACC Mall, warga Shah Alam sedih ia bakal dirobohkan

Oleh ADINDA

Apabila menyebut Shah Alam, terdapat beberapa tempat yang nostalgik di kalangan penduduknya, seperti Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dan juga Pusat Beli-belah SACC Mall.

Tidak hanya itu, tempat-tempat ini telah menjadi tarikan utama di Shah Alam untuk orang luar, seperti membeli pakaian raya atau menghadiri pesta buku.

Namun, bangunan-bangunan yang megah ini mungkin tidak akan kekal di tempat itu lagi disebabkan oleh desas-desus mengatakan bahawa mereka bakal dirobohkan untuk membina pembangunan perbandaran baharu.

Membesar dengan kompleks PKNS & SACC Mall, warga Shah Alam sedih ia bakal dirobohkan

Seorang pengguna media sosial, X, telah mengongsikan kenyataan yang menguatkan desas-desus bahawa Kompleks PKNS, SACC, dan SACC Mall akan dirobohkan tidak lama lagi.

Bersama dengan ‘screenshot’ yang dikongsi, kita dapat memahami bahawa kawasan tersebut akan direka bentuk semula dengan beberapa projek pembangunan yang dirancangkan oleh pihak PKNS sendiri.

Selepas perancangan perobohan itu, pihak berkenaan ingin berbincang dengan wakil penduduk Shah Alam.

Individu ini juga menyatakan bahawa bangunan yang akan diroboh akan digantikan dengan pembinaan kondominium.

Tambahan pula, telah dilaporkan sejak tahun lepas bahawa Shah Alam akan mengalami perubahan besar dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion.

Hantaran ini telah menarik perhatian di platform X dan kebanyakan netizen merasakan kesedihan dengan berita mengenai perobohan beberapa bangunan ikonik di Shah Alam.

Ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka dengan lokasi-lokasi yang disenaraikan.

“Ala sedihnya tempat aku selalu cari barang dekat situ weyhh,” kongsi seorang netizen.

“Alah!! Jangan!! Walaupun nampak buruk tetapi kami yang membesar dekat Shah Alam sangat mengenali tempat ini yang mana penuh nostalgia,” luah seorang netizen yang membesar di situ.

“PKNS itu tempat bazar Ramadan dan membeli belah raya paling best di kawasan Shah Alam,” ujar seorang netizen lagi.

“Membesar dengan PKNS, SACC Mall. Jadi tempat kerja lepas SPM. Banyak kenangan, gembira duka memalukan semua ada. Lebih baik jaga daripada kena roboh,” tulis seorang netizen lain.

Ramai orang merasakan bahawa bangunan-bangunan mercu tanda itu perlu dijaga kerana mereka adalah simbol kebanggaan penduduk Shah Alam serta memberikan pelbagai manfaat dari segi ekonomi tempatan.

Baca:

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar

Tanam sendiri daun bawang ‘confirm’ sedap & manis, boleh petik bila-bila masa

Kelebihan ‘celtic salt’ yang ramai tak tahu, boleh amalkan pada bulan Ramadan elak perkara ini