Realtime website trackingweb stats

Mawar padam gambar bersama suami di IG, ura-ura bakal bercerai

Oleh AHMAD ISMAIL

Mawar Rashid, seorang pelakon dan usahawan, dikatakan akan bercerai dengan suaminya, Raf Yaakob, yang juga seorang usahawan terkenal.

Mengikut laporan Harian Metro, sumber memberitahu bahawa mereka sepatutnya perlu pergi ke mahkamah syariah.

Walaupun begitu, dikatakan bahawa pasangan itu tidak hadir ke mahkamah seperti yang dikatakan.

“Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka,” kata sumber itu seperti dilapor akhbar itu.

Sebelum ini, ada netizen perasan bahawa Mawar sudah memadam gambar dia dengan suami di Instagram, tapi Raf tidak pula berbuat seperti itu.

Walaubagaimanapun, abang Raf, yang juga seorang penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley, menolak dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa rumah tangga adiknya bebas dari sebarang masalah.

Untuk makluman, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, telah berkahwin dengan Raf pada 9 November 2017.

Pasangan tersebut juga mempunyai tiga orang anak, Raden Muhammad, 4 tahun, Raden Seri Rosabella Cinta, 2 tahun, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Baca:

Macam lawak, tapi faktanya kutu beras suka duduk di dapur orang yang malas masak, ini cara halangnya

Mentega kacang tak susah rupanya buat di rumah, belanja pun jimat, ini resepinya

Mentega kacang tak susah rupanya buat di rumah, belanja pun jimat, ini resepinya