Sebut sahaja kerang, tentu ramai yang terliur. Kerang kalau dah mula makan, memang susah nak berhenti sebab bila dapat yang sedap.
Tangan tidak akan berhenti kopek dan makan.
Bagi penggemar makanan laut, pasti sukakan kerang sebagai hidangan kegemaran.
Kekenyalan dagingnya yang manis membuatkan kerang menjadi pilihan yang tidak tergantikan.
Kelezatan rasa kerang yang manis membuka selera dalam pelbagai cara penyediaan seperti direbus, dimasak sambal, kerabu, atau dijadikan rencah masakan bergoreng.
Meskipun kerang direbus banyak digunakan dalam masakan seperti char kuetiau atau mi kari, ramai mengalami masalah isi kerang rebus yang tidak cantik dan liat.
Ini petua dan cara merebus kerang daripada Yatie Kitchen yang mudah. Hasilnya memang gerenti memuaskan hati.
“INI CARA REBUS KERANG YANG BETUL UNTUK MENDAPATKAN ISI CANTIK BERKILAT SAMPAI BOLEH BUAT CERMIN ISINYA,” KATANYA.
PETUA REBUS KERANG
1. Didihkan air terlebih dahulu:
Isi periuk dengan air secukupnya, dan panaskan hingga mencapai tahap mendidih. Pastikan jumlah air mencukupi untuk merebus semua kerang.
2.Selepas air mendidih, masukkan garam dan kerang:
Setelah air mencapai suhu mendidih, tambahkan garam secukup rasa. Garam tidak hanya memberikan rasa, tetapi juga membantu membersihkan kerang.
3.Rebus kerang dalam tiga minit, jangan sampai cengkerangnya terbuka:
Biarkan kerang direbus selama tiga minit. Masa rebus yang singkat membantu mencegah overcooking dan menjaga kekenyalan kerang.
4. Tutup api, kemudian buang air panas tadi:
Setelah tiga minit, matikan api dan buang air panas. Penghentian proses perebusan ini penting untuk mencegah kerang terus masak dan menjadi terlalu kenyal atau kering.
5. Masukkan air dan ais ke dalam periuk untuk menghentikan proses memasak kerang:
Tuangkan air suhu biasa ke dalam periuk atau bekas rebusan. Boleh juga tambahkan ais batu untuk lebih cepat menghentikan proses pemasakan kerang tersebut. Ini membantu menjaga kekenyalan dan kelembutan kerang.
6. Kemudian, baru buka cengkerangnya satu persatu.
Manakala Zila Nur Aril pula berkongsi tip tambahan agar isi kerang elok terutama bagi yang membeli kerang segar.
“Rebus tiga hingga empat minit sahaja. Jangan lama sampai terbukam nanti isinya kecut. Bilas dengan air biasa atau air sejuk,” kongsinya.
Tambah Zila, jika kerang masih hidup elakkan menyimpannya ke dalam peti sejuk sebelum direbus barulah isi kerang yang direbus ‘gemuk’ dan tidak liat.
Mudah sahaja rupanya petua rebus kerang, selamat mencuba!
Selain kenikmatannya, kerang juga merupakan sumber nutrisi yang baik. Ini kelebihan makan kerang:
1. Vitamin B12 untuk fungsi otak dan sistem saraf.
2. Iodin untuk hormon tiroid dan metabolisme.
3. Zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia.
4. Selenium sebagai antioksidan untuk melindungi sel dan jaringan.
5. Fosforus untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
6. Tembaga untuk pembentukan sel darah dan pertumbuhan bayi.
7. Tinggi protein, penting untuk otot, kulit, dan tubuh secara keseluruhan.
8. Selamat mencuba petua dan nikmati kelezatan kerang yang direbus dengan sempurna!
Baca:
Mawar padam gambar bersama suami di IG, ura-ura bakal bercerai
“Saya reda, sekarang masa saya” – Popular dalam slot terjah Melodi, ini keadaan terkini Nas Ahmad
Lagu nurse viral punya pasal, sampai ada tukar cita-cita, ini proses jika nak jadi nurse lepas SPM