Realtime website trackingweb stats

Marah betul penghuni rumah flat ini, jangan sampai ada mulut kena sumbat dengan sampah dan pampers terpakai

Oleh ADINDA

Marah betul penghuni rumah flat ini, jangan sampai ada mulut kena sumbat dengan sampah dan pampers terpakai.

Tinggal di rumah flat kadang boleh buat cepat naik darah. Ada dua, tiga penghuni yang pemalas pun sudah cukup menyusahkan jiran satu blok apartment.

Perangai pengotor segelintir penduduk rumah pangsa mengakibatkan persekitaran ditaburi sampah sekaligus mengundang penyakit malah membahayakan keselamatan.

Dalam puluhan mungkin beratus pintu di sesebuah blok apartment, cukuplah ada beberapa kerat yang tiada kesedaran sivik. Habis kotor persekitaran kediaman dengan bau busuk menusuk hidung.

Memanglah akan ada jiran yang jenis prihatin dan mementingkan kebersihan akan ‘tolong’ buangkan sampah yang ditinggalkan merata itu ke tempat sepatutnya.

Namun, kalau si pengotor berulang kali buat perangai sama, sampai bila harus dapat bersabar?

Situasi inilah yang dialami seorang penghuni di Cheras, Selangor malah sebenarnya ramai lagi penduduk flat lain di seluruh negara.

Ikuti luahan hati Harris Zain Harris ini yang wajib golongan pengotor atau lebih tepat ‘sampah masyarakat’ ambil perhatian.

Eloklah ubah perangai buruk itu sebelum esok lusa, anda pula tular di media sosial jadi bahan cemuhan orang ramai gara-gara kantoi membuang sampah merata-rata:

Inilah sikap jiran atau penduduk blok apartment. Kau dah makan kenyang. Dah jadi berak. Kau buang je sampah kau kat tangga sampai berulat. Hari tu aku dah tolong buangkan.

Hari ni dah jadi lagi? Dengan pampers anak kau dalam plastik. Nak aku juga kena kemaskan. Dah berbau…

Aku kalau dapat siapa yang punya kerja ni, aku sumbat sampah dan ulat-ulat tu dalam mulut kau. Pemalas, pengotor.

Tong sampah ada je kat rumah sampah kat bawah. Bukan jauh pun. Hidup berjiran ni kena tengok keadaan sekeliling.

Jiran macam ni sila duduk dalam hutan. Dulu tak pernah jadi macam ni. Penyewa atau owner? Tak tahulah siapa punya angkara. Blok kami memang sentiasa bersih sebelum ni.

Baca:

Kumpul sampah sama tinggi rumah dua tingkat, alasan diberikan sangatlah pelik

Pekerja tapak terkejut terjumpa binatang gergasi melingkar, saiz dah macam zaman dinasor

Awalnya air berkocak, kemudian nenek menjerit, rupanya ada ‘makhluk’ menyerang