Pasti anda pernah menghadapi situasi yang mengecewakan seperti kebocoran minyak atau tumpahan sisa masakan dalam ketuhar selepas bersusah payah memasak.
Situasi tersebut tidak hanya meletihkan, malah mungkin akan memburukkan keadaan apabila menggunakan teknik pembersihan yang salah.
Oleh itu, berikut adalah tips mencegah tumpahan makanan dalam ketuhar yang boleh anda amalkan untuk memastikan kebersihan dapur.
1. Gunakan alas aluminium
Alas aluminium sangat berkesan untuk mengelakkan tumpahan sisa makanan di dalam ketuhar.
Caranya adalah dengan melapik rak bawah ketuhar dengan kepingan aluminium foil.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang sisa makanan menitis dari atas.
Alternatifnya, anda boleh menutup makanan dengan menggunakan aluminium foil secara langsung.
Dengan cara ini, makanan akan kekal di tempatnya dan tidak akan tumpah.
2. Gunakan dulang pembakar
Anda juga boleh menggunakan dulang pembakar sebagai ganti alas aluminium.
Selain fungsi yang sama, ia lebih berkesan untuk menangkap sisa makanan jenis hidangan yang berat.
Contoh hidangan yang sesuai ialah seperti lasagna atau puding.
3. Elakkan memasak kuantiti banyak dalam satu masa
Satu lagi perkara yang biasa kita lakukan ialah memasak dalam jumlah yang banyak dalam satu masa.
Walaupun ia boleh membantu menjimatkan masa, tetapi ia akan mempengaruhi proses memasak dan meningkatkan risiko tumpahan makanan yang tidak diingini.
4. Gunakan pelapik ketuhar
Pelapik ketuhar adalah benda yang tahan panas yang boleh anda letakkan di dalam ketuhar anda.
Untuk menggunakannya, letakkan pelapik di bahagian bawah ketuhar supaya lebih senang menangkap serbuk makanan atau percikan gris.
Jika anda tidak ada pelapik ketuhar, anda boleh juga gunakan dulang biskut sebagai gantinya.
5. Bakar pada suhu yang betul
Memasak pada suhu yang betul sangat penting.
Biasanya, kita kurang memberi perhatian kepada suhu yang disebutkan dalam resepi dan mengubahnya mengikut keinginan kita.
Kita juga sering kali terlupa untuk melakukan pemanasan awal.
Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa mengikuti panduan suhu dalam resepi, dan jika anda ingin hasil yang sempurna, pastikan anda sentiasa mengawasi ketuhar dengan teliti semasa memasak.
Baca:
“Tak kelakar la” – Gara – gara sebuah ‘content’ libatkan anak, tindakan pelakon ini dikecam netizen
Mahu tampil bersemuka, Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati?
Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?