Realtime website trackingweb stats

Macam ‘flashback’ apa yang dah berlaku, rupanya ini punca Nelissa menggigil baca skrip

Oleh AHMAD ISMAIL

Pelakon Nelissa Nizam masih trauma dengan satu kejadian yang pernah menimpanya semasa awal pembabitannya dalam dunia lakonan. Perasaan cemas itu muncul sejurus membaca satu skrip drama. Menggigil dibuatnya.

Beliau berkata, dirinya terpaksa mengambil masa yang lama untuk benar-benar mendalami watak Saleha yang dilakonkan dalam Siri Astro Original Riot.

Sebabnya, alur cerita berkenaan terasa terlalu dekat dengan aktres berusia 25 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Menurutnya, badannya secara automatik menggigil trauma apabila membaca skrip siri itu kerana watak tersebut sangat berkaitan dengannya.

Macam ‘flashback’ apa yang dah berlaku, rupanya ini punca Nelissa menggigil baca skrip

“Ini adalah karakter sangat berkaitan dengan diri saya, menggigil ketika baca skrip sebab saya pun pernah kena benda yang sama macam watak tersebut.

“Pengalaman saya sama macam babak yang berlaku dalam kereta yang digambarkan dalam siri berkenaan, macam ‘flashback’ apa yang berlaku pada saya sebelum ini,” katanya.

Nelissa atau nama lengkapnya Nelissa Edreena Nizam mengakui dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika awal pembabitan dalam industri hiburan tanah air.

Semasa kejadian itu berlaku, katanya, dia masih belum memahami rencah dunia seni dan terpaksa menjadi peramah kerana bimbang dicop sombong.

Namun, tidak disangkanya, sifat peramah beliau telah diambil kesempatan oleh lelaki ‘buaya darat’.

Mujurlah, Nelissa kini dikelilingi pelakon senior yang amat membantu selain menghormatinya dirinya sebagai perempuan.

“Syukur pelakon lain seperti abang Rashidi Ishak yang sangat profesional menggalas watknya bahkan dia juga meminta izin untuk menyentuh saya.

“Kami memang ada berbincang dulu teknik, dekat mana mahu pegang dan sebagainya untuk lebih selesa dan tidak berlebihan,” katanya, dipetik Kosmo.

Riot turut menampilkan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Rashidi Ishak, Che Puan Sarimah, Iedil Dzuhrie Alaudin, Amanda Ang, Sue Tan, Nasir Alaydrus dan ramai lagi.

Baca:

10 fakta unik peminat kucing wajib tahu, barulah faham setiap gerak geri si oyen ni

Ramai takut dengan polis tapi mereka pun manusia biasa, tindakan PDRM ini raih pujian ramai

Ada di gigi empangan saja, ketahui 11 fakta menarik Masjid Lama Machap