Realtime website trackingweb stats

Macam borak dengan geng lelaki – Dr. Say versi bertudung ini cool dan kelakar

Oleh ABDULLAH HAMID

Ramai terhibur mendengar suara seorang gadis bertudung yang mirip seperti Dr. Say Shazril.

Malah, kaum Hawa sendiri berpendapat mendengarkan suaranya seolah-olah macam ‘vibe’ borak dengan kawan lelaki.

Gadis bersuara ‘macho’ berasal dari Kluang, Johor ini berkata, dia menyedari suaranya persis lelaki selepas meninggalkan bangku sekolah menengah.

Beliau yang kini bekerja sebagai ejen hartanah mengakui ramai orang terutamanya pelanggan yang berurusan dengannya keliru menyangkakan lelaki menyamar perempuan.

Walau bagaimanapun, tampil dengan ceria di TikTok, beliau tidak berkecil hati dengan pandangan mereka yang kali pertama memandang pelik terhadapnya.

Ditemubual TV3, 3 Januari, dia memberitahu belum lagi berjumpa pakar bagi mengenalpasti apa yang dialaminya.

“Seriuslah ni suara dia?

“Kelakar juga kau ni dik. Takpelah suara eksotik, unik… pemberian Allah SWT.

“Tak ada ke yang perasan muka dia macam Putri Sarah sikit.

“Apa-apa pun senyum dia manislah,” demikian antara kata warganet.

Dalam masa sama, terdapat juga perempuan yang mengaku turut memiliki suara ‘jantan’.

@malaysianupdatenews Ingatkan lelaki tadi, rupanya memang betul perempuan. Unik suara kau dik 😅 #malaysianupdate #malaysianupdatenews #suaralelaki #fyp #fypã‚· ♬ original sound – Malaysian Update

Baca:

Ni kes naya, kereta Bezza baru keluar showroom dah rosak enjin, puncanya pula memang lawak

Keliru dengan hobi sendiri? Semak 10 makna hobi daripada pelari ini

Dividen KWSP dan nak umum, dijangka lebih tinggi tahun ini