“Hancur luluh hati kami melihat 60 rumah di Kampung Tersang, di sini, ditenggelami air dan hanya nampak bumbung.”
Inilah kata-kata Suriani Daud, 50 tahun, seperti dipertik Berita Harian, yang kini tinggal di pusat penempatan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh.
Dia mengatakan bahawa apabila dia berpindah ke PPS dua minggu yang lalu sejak gelombang kedua, paras air pada masa itu belum masuk ke dalam rumah.
Tetapi kali ini, banjir sangat teruk, sama seperti pada bulan Disember tahun lalu dan Februari lalu.
“Bila saya dan suami pergi lihat rumah, hanya nampak bumbung dan tahap sedih itu hanya Allah saja yang tahu apabila melihat semua barang tidak dapat diselamatkan. Hancur luluh hati saya.
“Hanya dokumen penting sahaja yang selamat, lain-lain habis. Bukan saya seorang, sebaliknya semua 60 rumah di Kampung Tersang tenggelam.
“Buntu memikirkan nasib selepas ini dengan keadaan banjir yang mungkin masih ada gelombang lain selepas ini,” katanya.
Penduduk Kampung Tersang, Mohd Irwan Faizal, 40, menyatakan bahawa rumahnya, yang merupakan yang tertinggi di kampung itu, tenggelam sehingga hanya bumbung sahaja yang kelihatan.
“Sehingga semalam saya melihat rumah paras air masih tinggi. Sedih melihat habis barang dalam rumah terapung.
“Kejadian banjir kali ini teruk sebagaimana Disember tahun lalu dan tidak boleh dibayangkan kehidupan kami penduduk di sini selepas ini.
“Ini kali ketiga kami dilanda banjir dan paling teruk pernah kami lalui,” katanya.
Baca:
Lipan akan masuk dalam rumah jika ada benda-benda yang dia suka ini
Dah nak masuk tahun 2024, lelaki ini masih guna taktik lama curi tabung masjid, awal-awal dah kantoi
Siap tulis ‘jangan la bagi RM10’ dalam kad kahwin, trend baharu salam kaut