Pengguna media sosial Indonesia digemparkan dengan berita kematian seorang wanita, Ella Andini yang ditemukan tidak bernyawa oleh adiknya di sebuah rumah di Bangka Selatan, pagi Rabu lalu.
Berdasarkan laporan Bangkapos.com, wanita berusia 24 tahun itu dipercayai dibunuh oleh suaminya yang dikenali sebagai Muhammad Rafli ketika tidur dengan cara mencekik mangsa di atas katil bilik di rumah tersebut.
Lebih meruntun jiwa orang ramai apabila mangsa dikatakan sedang hamil cahaya mata pertama selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 7 September lalu.
Polis daerah Bangka Selatan, Joko Isnawan berkata, suspek yang berusia 26 tahun berjaya diberkas di satu l0kasi kebun kelapa sawit ketika cuba melarikan diri ke Palembang dengan bantuan seorang rakannya yang bernama Apoy.
Hasil siasatan mendapati, suspek yang didapati positif dadah jenis syabu itu dipercayai tidak puas hati selepas terbaca mesej perbualan di telefon bimbit isterinya bersama seorang lelaki sekali gus menganggap mangsa berlaku curang.
Difahamkan, mangsa juga baru sahaja tahu bahawa suaminya yang berasal dari Aceh itu terjebak dengan dadah pada awal bulan ini selepas barangan kemas miliknya ‘dicuri’ untuk membeli bahan terlarang itu selain berjudi serta meminum arak.
Komen netizen:
Kisah tragis itu turut mengundang perhatian di aplikasi TikT0k selepas seorang pengguna, @sdaaarusli93 memuat naik foto dan video dipercayai milik pasangan terbabit sehingga meraih 1.4 juta tontonan.