Lelaki berkemban di Keretapi Sarong kena kecam, netizen bimbang acara nanti dipandang serong.
Seorang pemuda hanya menjadi bahan kecaman rakyat Malaysia gara-gara hilang sudah sifat malu dalam program Keretapi Sarong 2023 (KS 2023).
Aktiviti santai sempena Hari Malaysia semalam disertai lebih 10,000 peserta rata-ratanya terdiri daripada anak muda.
Mereka berarak beramai-ramai sambil berpakaian tradisional lengkap dengan perhiasan pelbagai etnik.
Namun, lain pula apa dibuat seorang lelaki berjambang yang dianggap telah merosakkan program.
Elok orang lain berpakaian sarung sama ada batik atau pelikat yang menjadi simbol kebudayaan serta warisan di Malaysia, dia pula berkemban dengan kain batik sambil membawa batu lesung.
Tampil menutup bahu dengan sehelai tuala, mungkin dia mahukan kelainan atau berlawak tetapi ramai warganet tidak dapat menerima perlakuan yang dianggap membodohkan diri itu.
Lebih dibimbangi, ‘pencemaran’ budaya dilakukan lelaki itu hanya akan mengakibatkan acara Keretapi Sarong dipandang serong.
Empat hari sebelum program berlangsung, pemuda berkenaan ada memberitahu bahawa dia tidak main-main untuk tampil berkemban jika hantaran di laman X atas akaun Koneko mendapat lebih 1,000 ulang kicau.
“1,000 retweet saya akan pakai macam ni Keretapi Sarong,” katanya pada 12 September lalu sambil berkongsikan foto lelaki sedang berkemban memakain kain batik.
Namun, ruangan komen hantarannya itu dibanjiri kecaman dan nasihat ramai netizen yang majoritinya anak muda.
Mereka menolak perlakuan yang bukan sahaja merosakkan imej program Keretapi Sarong malah bercanggah dengan semangat Kesopanan dan Kesusilaan seperti terangkum dalam Rukun Negara.
Ingat main-main ke https://t.co/NfShh04rBh pic.twitter.com/dlrarFIgh5
— KONEKO (@fastfatneko) September 16, 2023
“Dah mula dah buat bengap, bila kena complain nanti, salahkan semua orang. Sesetengah orang macam kau just trying too hard.
“Salah satu punca sesuatu event dirosakkan dan dipandang serong.
“Tolong hentikan daripada jadikan orang bebal ni terkenal.
“Best ke jadi bangang?
“Eloklah sangat, esok esok nanti program macam ni terus tak boleh buat atas sebab macam ni lah,” demikian antara kecaman dan sindiran warganet.
Baca:
Kecoh bahasa diguna pada peta laluan LRT di Pulau Pinang, rupanya ada udang di sebalik batu
Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali
Lelaki ‘saudara baharu’ kongsi petua nak pikat wanita Cina, cukup syarat ini ‘Ah Moi’ cair terus