Realtime website trackingweb stats

Lampu isyarat unik hanya di Kelantan, mungkin yang pertama didunia

Oleh NUR KASIH

Lampu Isyarat kuning yang diganti dengan zikir tiga kalimah di Kota Bharu, Kelantan telah menarik perhatian ramai orang.

Melalui video yang dikongsi di TikTok @izzeyazid, perkataan Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar terpapar di skrin bersebelahan dengan lampu trafik di jalan raya.

Berdasarkan video tersebut, apabila perkataan itu diulang tiga kali, perkataan ‘GO’ muncul bersamaan dengan lampu hijau yang menyala.

Tindakan ini membuat pemandu beragama Islam sempat berzikir sementara menunggu kenderaan mereka bergerak.

Ramai orang berpendapat bahawa orang yang mencetuskan idea ini sangat bernasib baik kerana mereka akan mendapat pahala besar dengan melaksanakan kaedah tersebut.

Lampu isyarat unik hanya di Kelantan mungkin yang pertama didunia

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 546,700 tontonan, 46,100 ‘like’, dan 1,000 perkongsian.

@izzeyazid

Only in New Castle Kelantan Malaysia #kotabharu #kelantan

♬ original sound – dalia – dalia

Baca:

Disimbah asid, Hamidin cerita keadaan terkini Faisal Halim cukup menyedihkan

Bergelut dengan cuaca panas terik di Kelantan, individu terpaksa gali lumpur & buang selut

“Niat nak doa kaya, tiba – tiba..” – Sasha Aziz tidak tahan sebak depan Kaabah, minta doa ‘struggle’ nak ubah penampilan