Melalui satu hantaran di laman X, seorang arkitek bernama Maryam Yahya berkongsi tip memilih lampu berdasarkan aktiviti di dalam rumah.
Menurutnya, terdapat tiga kategori cahaya lampu iaitu warm white (3,000 Kelvin), daylight (5,000 Kelvin), dan cool white (6,500 Kelvin).
Kelvin adalah ukuran suhu cahaya; nilai yang lebih tinggi menunjukkan warna cahaya yang semakin putih
Manakala nilai yang lebih rendah menunjukkan cahaya yang semakin kekuningan.
Mari kita lihat kupasan lanjut mengenai skala suhu cahaya.
1) Warm white
Warna lampu ini lebih sesuai untuk kawasan yang digunakan sebagai tempat berehat di dalam rumah, seperti bilik tidur dan ruang tamu.
Cahayanya yang lebih kuning, iaitu sekitar 2,700 Kelvin, menjadikan persekitaran lebih tenang. Lampu bersifat daylight juga boleh dipasang, tetapi pastikan ia tidak mengganggu orang lain ketika tidur, seperti lampu lantai dan lampu katil yang boleh dinyalakan apabila lampu utama sudah ditutup.
2) Daylight
Juga dikenali sebagai white, lampu ini mirip dengan cahaya matahari, jadi ia sesuai dipasang di kawasan luar seperti koridor dan halaman rumah.
3) Cool white
Warna lampu ini sedikit kebiruan dan sesuai untuk ruang bekerja kerana ia memudahkan pembacaan dan membantu minda untuk fokus.
Maklum balas netizen
“Ya betul, saya dulu di universiti ambil kursus seni bina, memang ini perkara yang diajar tentang lampu dalam subjek persekitaran.
Jika hanya pasang lampu ikut sedap hati, nanti jadi seperti rumah saya, semua tempat lampu kuning; memang sakit kepala kalau nak baca buku,” demikian kata seorang pengguna media sosial. – Maryam Yahya
BACA: Patutlah orang cina banyak simpan untuk pendidikan, melancong dan makan sedap, ini rahsianya rupanya