Sudah banyak bukti bahawa kucing memang pasrah sahaja walau diperlakukan apa pun oleh kanak-kanak.
Telatah haiwan kesayangan ramai itu ketika disolek seorang budak perempuan mencuit hati netizen.
Menerusi klip video tular di TikTok, @ind_ri0, ‘Oyen’ tersebut nampaknya masih boleh bersabar dalam ‘mode’ tenang ketika wajahnya disolek.
Si Meow yang diletakkan di atas sebuah kerusi plastik itu juga elok pula tidak menggelupur lari biarpun mukanya ‘diconteng’ sebegitu rupa.
Padahal, ‘Oyen’ boleh saja lari ketika ‘tuannya’ sibuk benar memilih warna solekan yang ingin digunakan.
“Aku peliklah kucing kalau dengan budak kecik diorang redha je.
“Pasrah je lah. Perempuan tak pernah salah.
@ind_ri0mana meng nya diem aja ðŸ˜
“Baru hari ni nampak Oyen sepasrah itu.
“Redha sangat kucing tu jadi bahan ujikaji,” demikian antara komen warganet yang terhibur dengan gelagat budak dan kucing peliharaan keluarganya itu.
Baca:
Berbuah lebat di pangkal pokok, ‘durian comel’ ini hanya ada di Borneo
Tiga negeri ini paling tinggi rekod perkahwinan bawah umur, trend makin membimbangkan