Orang dahulu tidak mengalami kanser seperti orang sekarang kerana mereka selalu menyediakan bahan ini dalam hidangan mereka.
1. Membersihkan gigi
Berikut adalah cara yang mudah untuk menguatkan gigi anda. Ambil 3 butir biji pelaga dan kunyah dengan semua gigi anda. Selepas itu, ludahkan dan berkumur sehingga bersih. Anda boleh mencuba cara ini untuk menjaga kesihatan gigi anda.
2. Pewangi badan
Campuran antara pelaga dan herba lain menghasilkan minyak wangi yang sangat menyegarkan.
3. Menghilangkan batuk
Caranya:
Ambil 5 biji buah pelaga, 1 inci halia, 1 biji lemon, 1 sudu besar madu asli.
Hiris halia, potong lemon menjadi hirisan nipis. Letakkan semua bahan kecuali madu asli ke dalam periuk yang berisi air dan masak hingga mendidih. Biarkan ia sejuk hingga suam. Kemudian, tambahkan madu. Minumlah seperti minum air kosong.
Amalkan sehingga batuk anda hilang
4. Mengatasi Masalah Bau Mulut dengan Mudah
Jika anda mengalami masalah bau mulut, cuba amalkan mengunyah buah pelaga setiap pagi. Dengan melakukan ini, mulut anda akan menjadi wangi dengan aroma buah pelaga, dan bau yang tidak menyenangkan akan hilang.
5. Menurunkan berat badan
Salah satu kelebihan buah pelaga yang menarik ialah kemampuannya untuk membantu menurunkan berat badan. Cara-cara yang mudah untuk menikmati manfaat ini ialah dengan membuat teh buah pelaga. Berikut adalah dua cara mudah untuk memasak teh ini di rumah.
Cara Pertama:
Ambil 3 biji buah pelaga dan kisar hingga halus.
Masukkan hasil kisaran tersebut ke dalam satu gelas air panas.
Minumlah teh buah pelaga ini sebelum makan setiap hari.
Cara Kedua:
Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas yang mendidih.
Tunggu sehingga air menjadi suam.
Minumlah teh buah pelaga ini sebelum makan setiap hari.
Jika anda tidak begitu suka dengan rasa teh buah pelaga mengikut resepi di atas, anda juga boleh mencuba resepi teh pelaga yang kedua.
Semoga cara ini membantu anda dalam usaha menurunkan berat badan.
6. Anti Kanser
Bagi mereka yang menghadapi kanser kolon, mengambil buah pelaga setiap hari dapat memberikan harapan untuk pulih dari penyakit ini.
7. Menjaga kesihatan jantung
Buah pelaga boleh membantu mengawal kadar denyut jantung, dan ia amat baik untuk mereka yang mempunyai masalah jantung atau ingin menjaga kesihatan jantung mereka.
8. Mengawal tahap kolesterol dalam darah
Buah pelaga mempunyai enzim antioksida yang boleh membantu mengawal kadar kolesterol dalam darah. Bukan hanya itu, buah pelaga juga dapat mengatasi masalah peningkatan lipid dalam tubuh badan.
9. Menjaga kesihatan usus
Untuk merawat masalah gangguan sistem pencernaan, buah pelaga adalah pilihan yang baik. Buah ini mengandungi metanol yang dapat mencegah penyakit seperti kembung, asid berlebihan, kram perut, dan lain-lain.
10. Merawat jangkitan saluran kencing
Selain menjaga kesihatan usus, kaedah perubatan Ayurveda dan Yunani juga mengandungi penggunaan buah pelaga untuk merawat masalah seperti jangkitan saluran kencing, cystitis, nefritis, dan gonorrhoea.
11. Melawan jangkitan kuman, bakteria, dan virus
Buah pelaga bersifat antibakteria dan membantu badan anda melawan jangkitan kuman, bakteria dan virus.
12. Anti kemurungan
Pati minyak buah pelaga merupakan salah satu daripada minyak yang biasa diguna dalam terapi aroma untuk menghilangkan kemurungan. Sekiranya anda berasa stress atau terlalu tertekan, bolehlah dapatkan pati minyak buah pelaga dan masukkan ke dalam diffuser.
13. Mengawal masalah kekejangan otot
Masalah kekejangan otot biasanya berlaku kepada golongon tua dan wanita mengandung. Pengambilan buah pelaga dalam menu harian mampu mengurangkan masalah kekejangan otot yang anda hadapi.
14. Menghilangkan sakit gigi
Caranya: Tumbuk buah pelaga sehingga halus
Tampalkan serbuk pelaga tadi ke gigi yang sakit
15. Mengubati asma atau lelah
Ekstrak buah pelaga dapat membantu membuka semula salur pernafasan yang menyempit disebabkan oleh serangan asma. Anda boleh menyediakan teh buah pelaga untuk membantu mereka yang mengalami serangan asma.
Berikut adalah cara membuat teh tersebut:
Masukkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih.
Tunggu sehingga air menjadi suam.
16. Detox
Minyak Pati yang terdapat dalam buah pelaga dapat memberikan kesan detoks kepada tubuh badan anda.
17. Mengatasi loya dan muntah-muntah
Anda boleh cuba minum teh buah pelaga untuk meredakan rasa loya dan muntah-muntah.
18. Membaiki sistem peredaran darah
Manfaat buah pelaga yang boleh dirasai dengan pengambilan harian ialah meningkatkan aliran darah dalam tubuh.
19. Menghilangkan sakit tekak
Caranya: Rendam 3 biji buah pelaga dan satu batang kulit kayu manis dalam satu gelas air panas.
Tunggu sehingga air menjadi suam.
Minum campuran tersebut sehingga rasa sakit di tekak anda berkurang.
20. Menghilangkan sesedu
Jika anda mengalami sesedu, boleh juga minum teh buah pelaga. Teh ini boleh membantu mengurangkan kembung dengan pantas.
Gunakan pelaga untuk meredakan sakit perut. Cukup rendam 2 atau 3 biji pelaga dalam air panas dengan sedikit gula.
Walaupun masih tiada kata sepakat dalam dunia sains mengenai sejauh mana keberkesanan buah pelaga, buah ini telah digunakan sejak lama untuk merawat masalah seperti sakit perut, gangguan usus, dan pedih ulu hati.
Kredit: Ana Mahabu
Baca:
Ramai saja Melayu rajin berusaha, tauke pulut kuning pun kecam ‘makcik Kemboja’
“Saya reda, sekarang masa saya” – Popular dalam slot terjah Melodi, ini keadaan terkini Nas Ahmad
Lagu nurse viral punya pasal, sampai ada tukar cita-cita, ini proses jika nak jadi nurse lepas SPM