Mesti ramai pernah melihat di kawasan kubur orang Cina, dari bawah hingga ke atas bukit penuh dengan jirat Cina.
Tapi kenapa ada yang sampai di bahagian paling tinggi? Tambah pula bukan senang nak korek kubur di kawasan berbukit.
Ikuti perkongsian pengguna X, @thepatriotsasia mengenai jirat Cina yang pastinya menjawab persoalan ramai.
“Benda ni disebabkan oleh teori fengshui dalam kalangan orang Cina.
Bila mereka buat sesuatu dengan feng syui yang bagus,
“Maka seseorang tu boleh diberkati dengan kesihatan yang bagus, kekayaan, tuah yang bagus dan sebagainya. Benda ni tak terpakai pada seseorang tu sahaja, malah juga untuk anak cucunya.
“Oleh itu, bila mereka nak tanam kubur ahli keluarga sendiri, maka mereka akan cari kawasan dengan feng syui yang bagus,” jelas pengguna X.
Pada masa sama pengguna tersebut turut berkongsi cara mereka menanam pada zaman purba dahulu namun ada satu benda yang masih diikuti sehingga kini.
“Masa zaman purba dulu, orang Cina dulu tak kisah nak tanam mana mayat ahli keluarga diorang, tapi selalunya di ibu kota, tempat yang disukai atau kampung halaman sendiri. Tapi, ada satu benda yang diorang akan ikut.
“Selalunya, kubur kena menghadap kawasan berair macam sungai, bukit dan gunung di belakang, dan dikelilingi tumbuh tumbuhan cantik yang banyak.
“Bila masuk zaman sekarang, ada beberapa lagi penambahan feng syui bagus untuk cari kubur ni,” tambahnya.
Cara pilih kawasan kubur
Kalau Islam adalah lebih baik jika kubur terletak berdekatan masjid atau surau bagi jirat Cina sama juga, mereka ada destinasi tertentu.
“Pertamanya, kawasan tu kena banyak cahaya matahari sebab kalau tak, nanti tak banyak zuriat.
“Kubur tak boleh duduk dekat kawasan curam atau tepi gunung atau kawasan air bergerak di situ sebab kalau tak, nanti cucu cicit hidup susah.
Illustrasi dikongsi @thepatriotsasia
“Saiz kubur kena bersaiz 1.2 kaki persegi (1 meter persegi) dan ada batas (lagi elok kalau ada dinding kecil). Kubur tu kena ada ‘pintu masuk’, dan ia kena hadap selatan atau tenggara.
“Kubur tu kalau boleh kena buang semua jenis semak samun dan rumput yang tumbuh atas kubur tu, dan digalakkan untuk tanam pokok pokok di sekitar kubur tu dengan simetri dan jumlah yang tepat,” jelasnya.
Bagi kepercayaan mereka jika semua peraturan feng syui ini diikuti maka segala jenis kekayaan dan tuah bagus akan terlimpah kepada seseorang tu dan ahli keluarganya.
“Kenapa Kubur Orang Cina Dekat Kawasan Berbukit?”
Setiap kali saya balik dari makmal saya di UKM ke Bangi Avenue, saya selalu akan terserempak dengan jirat jirat Cina di jalan dalam. Bila saya pergi ke Semenyih, kadang kadang saya akan terjumpa jirat Cina juga.
BACA: Sebab tu baju lambat kering, rupanya ramai tak reti guna mesin dobi layan diri