Saintis di Jepun mendedahkan bahawa amalan pengambilan keju dalam makanan dapat menjadikan otak manusia lebih sihat termasuk melambatkan atau mengurangkan risiko nyanyuk.
Menurut pasukan penyelidik negara itu, kekerapan pengambilan keju menunjukkan kadar skor yang baik dalam ujian kognitif.
Mereka mendapati individu yang kerap makan hasil tenusu itu mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami demensia atau nyanyuk.
Sebelum ini, pakar kesihatan menasihatkan bagi mengurangkan risiko nyanyuk perlu kekalkan berat badan yang ideal, tidak mengambil minuman beralkohol terlalu banyak serta memastikan kadar darah pada paras sihat.
Walau bagaimanapun, apa yang dipanggil ‘cheese’ dalam makanan tempatan di negara ini mungkin bukan keju sebenar.
Trend ‘cheese leleh’ daripada keropok lekor, burger sehingga lemang pun ada ‘cheese’ yang palsu dibimbangi mengundang risiko pelbagai penyakit termasuk kanser.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebook rasminya telah mengingatkan orang ramai betapa bahayanya sos keju leleh kepada kesihatan jangka panjang masyarakat.
Menurut PHM, kebanyakan keju leleh yang dijual pada masa ini mengandungi garam dan gula yang tinggi.
‘Fake cheese’ ini sangatlah bahaya apabila dimakan secara berlebihan kerana mengandungi perisa tiruan serta Maltodextrin berbanding keju asli.
Kena ambil tahu bahawa kandungan Maltodextrin itu berfungsi meningkatkan tekstur serta jangka hayat makanan itu.
Makanan itu juga mempunyai kandungan glycemic index (GI) yang cukup tinggi dan membolehkan paras gula dalam darah naik mendadak sekaligus mengancam nyawa pada bila-bila masa.
Jadi, berpada-padalah mengambil makanan tempatan yang ditambah kononnya keju kerana itu hanya keju tiruan atau sekadar sos berperisa keju.
Baca:
Kantoikan teman lelaki selepas 5 tahun bercinta, lagi sebulan nikah, naik BMW pun boleh kena curang
Awas! Malaysia negara ketiga paling banyak petir, ini 4 kes maut dipanah petir