Realtime website trackingweb stats

Kecoh netizen Indonesia marahkan Malaysia, tuduh ciplak lagu Halo-Halo Bandung

Oleh ADINDA

Kecoh netizen Indonesia marahkan Malaysia, tuduh ciplak lagu Halo-Halo Bandung.

Netizen Indonesia sekarang bukan main kecoh marahkan Malaysia kononnya menciplak lagu patriotik milik negaranya.

Walaupun ayat dan sebutan dalam lagu kanak-kanak berjudul “Helo Kuala Lumpur” kedengaran bukan daripada orang Melayu, tetapi Malaysia tetap jadi bahan kecaman.

Halo-Halo Bandung adalah salah satu lagu kebangsaan Indonesia yang diciptakan oleh Ismail Marzuki.

Mereka menuduh Malaysia sebagai ‘maling’ iaitu pencuri kerana dianggap menciplak lagu patriotik negara itu, “Halo-Halo Bandung” ciptaan Ismail Marzuki.

“Helo Kuala Lumpur” dilapor dimuat naik di laman perkongsian video YouTube pada 30 Jun 2018 menerusi saluran Lagu Kanak-kanak TV.

Namun, tiba-tiba lagu itu hangat diperkatakan netizen Indonesia tanpa diketahui apa motif sebenarnya isu ‘claim’ dan ‘maling’ ini dibangkitkan.

Netizen negara jiran itu mendakwa lagu “Helo Kuala Lumpur” mempunyai lirik hampir serupa dengan Halo-Halo Bandung selain irama yang sama.

Baca:

Doktor dedah bahaya guna air coway buat susu bayi, siap bagi simptom penyakit dan kaedah rawatan

Jangan ambil jika jumpa syiling bertaburan depan pintu rumah, lelaki dedah taktik sihir zaman moden

Rupanya tanda-tanda ini kerja makhluk halus, ustaz ini kongsi cara paling mudah pagar rumah, tak perlu guna garam, lada hitam