Realtime website trackingweb stats

Kau bukan siapa-siapa perlu dapat layanan istimewa’ – Nabi Ibrahim pun dibakar hidup-hidup

Oleh ADINDA

Bukan sedikit daripada masyarakat kita yang berkeluh-kesah menghadapi cabaran hidup ini.

Tidak kurang juga yang bangkit tetapi jatuh tersungkur kembali selepas beberapa kali berusaha.

Lantaran jiwa tidak kental dan sudah berputus asa untuk hidup, ramai juga mengambil jalan singkat lantaran hidup tertekan serba serbi.

Tidak hairanlah semakin ramai rakyat di negara ini mengalami masalah kesihatan mental akibat stres berlebihan dan juga kemurungan.

Ikuti nasihat ‘pedas’ Hazeman Huzir yang mendapat lebih 4,000 tanda ‘suka’ buat renungan kita menempuh tahun baharu 2024 dengan tabah dan berlapang dada mengharungi liku-liku kehidupan:

You Are Not That Special

“Macam mana nak berlapang dada dengan ujian hidup?”, netizen bertanya.

“Macam mana nak hidup, kalau semua susah”, keluh seorang lagi.

“Aku mampu untuk gembira lagi ke?”, kata yang sedih.

Ini soalan-soalan yang sering muncul dalam DM aku. Mungkin buntu saat menapak hidup, mendaki hayat dengan penuh sukar.

Aku cakap ni direct, enggan berlapik, bersulam maaf.

“You are not that special.”

Kau itu hidup atas bumi yang dahulunya:

Nabi Yusuf pernah dipenjara.

Nabi Isa dikhianati rakan karib.

Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.

Nabi Ayyub derita sakit.

Nabi Luth Isterinya derhaka.

Anak & Isteri Nabi Nuh jua.

Sedang mereka itu Allah kasih dan sayang, kenapa kita yang bukan siapa-siapa perlu mendapat layanan istimewa?

Belayar hidup tanpa sukar?

Mendaki hayat semata landai?

Faham atau tidak syurga itu mahal?

Oleh itu, jangan merengek.

Merengek kau itu umpama mahu barang mahal, tapi kau tak mampu. Malah enggan kerja keras mahu duit lebih.

Lantas menghentak-hentak kaki macam anak kecil terlebih manja.

Kau nak benda mahal, kau berusahalah. Apatah lagi usaha nak dapatkan tiket ke syurga.

Nak menangis? Silakan.

Nak bersedih? Silakan.

Kita manusia. Bukan robot.

Mahupun seketul kucing Oyen yang muka toya tiada perasaan dalam hidup.

Kau manusia.

Terperosok ke tanah itu lumrah.

Yang salah itu kau dah jatuh, kau bergelumang dengan lumpur.

Lupa untuk bangkit semula, sambung menapak dengan teguh.

Akhir kata;

Minta maaf kalau anda mengharapkan nasihat yang memujuk.

Mendodoi hati dengan lembut.

Membelai jiwa yang lara.

Mengucup hati dengan kasih.

Anda tahu kan, aku ni kasar orangnya?

Sekali sekala berkasarlah dengan diri sendiri.

Sampai bila mahu terus menyuburkan hati yang longlai?

Acapkalilah ucapkan:

“I am not that special”

“Allah uji untuk mengangkat darjat aku”

“Alhamdulillah”

Baca:

Mengeluh hidup susah, rupanya ada… – Ini kisah ‘Kecik’ duda besarkan tiga anak

Ramai Melayu tak peduli dah sirih, ini 11 kebaikan amal makan daun berkhasiat

Kantoikan suami curang dengan pramugari, rupanya berselingkuh sejak awal berkahwin