Realtime website trackingweb stats

Kalau ada ilmu ini, pasti tak kena tipu kedai tayar, ini cara baca nombor pada tayar

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tayar kenderaan pasti mengalami kehausan atau ‘botak’ selepas digunakan untuk tempoh tertentu.

Oleh itu, disyorkan kepada pemilik kenderaan untuk menukar tayar setiap dua tahun bagi mengelakkan kemalangan.

Sebagai pengguna yang bijak, penting untuk memahami asas mengenai tayar kenderaan bagi mengelakkan penipuan dari penjual tayar.

Terdapat insiden di mana penjual tayar telah menjual tayar lama dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan lebih.

Bagi makluman, tempoh penggunaan tayar adalah selama lima tahun dari tarikh pembuatannya.

Kalau ada ilmu ini, pasti tak kena tipu kedai tayar, ini cara baca nombor pada tayar

Walaupun tayar yang baharu tetapi berusia lebih lima tahun masih boleh digunakan, namun getahnya mungkin menjadi keras kerana ia telah melepasi tempoh hayat yang disyorkan.

Sebelum membuat pembelian, penting untuk memeriksa tarikh pembuatan tayar menerusi kod atau indeks yang tertera pada bahagian sisi tayar.

Tiada huraian foto disediakan.

Kod ini memaparkan minggu dan tahun pembuatan tayar. Contohnya, jika kod menunjukkan 2519, ia bermaksud tayar itu dibuat pada minggu ke-25 tahun 2019.

Mengetahui makna kod tayar juga membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kenderaan anda.

Contohnya, tahap kelajuan tayar yang dinyatakan sebagai 210 km/j (kod H) tidak sesuai untuk kenderaan anda jika ia mempunyai had kelajuan sehingga 300 km/j.

Tayar yang tidak sesuai dengan had kelajuan kenderaan boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar.

Oleh itu, adalah penting untuk memilih tayar yang sesuai dengan spesifikasi dan keperluan kenderaan anda untuk menjamin keselamatan dan prestasi yang optimum.

BACA: Ramai mencari bagaimana cara mohon ‘Fleet Card Diesel’, ikuti cara ini pasti lulus