Realtime website trackingweb stats

Kakak-kakak yang suami bergaji RM7,000 ke atas, berjaga jagalah

Oleh ABDULLAH HAMID

Golongan isteri yang suaminya masih ada kuota untuk poligami lagi dan bergaji RM7,000 ke atas dinasihatkan berjaga-jaga.

Ikuti tulisan Khairul Azri yang tular dengan lebih 2,000 tanda ‘like’ ini:

BERAPA GAJI NAK JADI SUAMI?

Kakak-kakak yang suami bergaji RM7,000 ke atas, berjaga jagalah

Tengah asyik mentatal video video ‘reel’ dalam bilik air tadi, terjumpa pula video bertajuk, “Berapa gaji suami yang cukup”.

Di dalam video tersebut memaparkan temu bual dua orang wanita ketika mereka berada di taman terapung di gedung membeli belah terbaru dan dikatakan tercanggih di Kuala Lumpur ketika ini, TRX.

Soalannya ringkas, “Berapakah gaji yang cukup untuk menjadi seorang suami”?

“Untuk hidup di Kuala Lumpur ke?”, tanya gadis berbaju coklat cerah, mungkin untuk kepastian.

Dan dijawab “Ya” oleh tukang wawancara.

“5,000 ke atas”, jawab, gadis bertudung biru muda.

“7,000”, kata gadis berbaju coklat cerah.

Soalan dilanjutkan,

“Kalau tak cukup 7,000, katakanlah 3,000 macamana? nak terima tak?”

Gadis baju coklat cerah menjawab,

“Tak kot, gaji saya lebih dari itu, lagipun kita tak nak dah susah senang ni, kita nak senang senang.”

Berbeza dengan jawapan gadis berbaju coklat cerah, gadis tudung biru muda memberikan jawapan,

“Kita bagi peluang dulu, setahun dua tahun, kalau tak dapat juga, tak teruskan.”, kata beliau, atau begitulah serba sedikit konteks jawapannya.

Bila tengok video tersebut aku risau juga, risau jika ini adalah harapan dan nuansa wanita-wanita di luar sana.

Sebab kalau benar itu nuansa dan kepercayaannya, maka aku berpendapat bahawa masyarakat kita bukan sahaja ada masalah “mismatch” atau dalam bahasa melayunya ketidaksepadanan harga dalam perihal harga hartanah dan gaji, atau gaji dan harga barang..

Kita juga mungkin ada ketidaksepadanan dalam “expectation” gaji seorang lelaki yang layak dijadikan seorang suami di Kuala Lumpur atau Selangor ni.

Kenapa aku kata begitu?

Sebab tahukah anda kalau kita baca statistik penggajian tenaga kerja di negara kita akan dapati:

Daripada 16.01 juta lebih penduduk Malaysia yang bekerja, hanya 9.2 juta adalah berjantina lelaki.

Dan daripada 9.2 juta pekerja yang berjantina lelaki, hanya 3.58 juta pekerja dikategorikan sebagai pekerja formal iaitu berkerja dengan pendapatan gaji yang tetap dan stabil.

Kakak-kakak yang suami bergaji RM7,000 ke atas, berjaga jagalah

Makna kata apa?

Baki lebih 5 juta lebih pekerja berjantina lelaki tidak mempunyai pekerjaan yang formal dan tetap, tidak ada KWSP, SOCSO dan sebagainya,
Dan daripada 3.58 juta pekerja lelaki ini pula,
Separuh daripadanya iaitu 1.79 juta perkerja lelaki mempunyai gaji yang lebih rendah daripada RM2,545 sebulan.

Dan kalau lelaki itu adalah seorang lelaki dari kaum bumiputera ataupun berbangsa Melayu, ketahuilah bahawa separuh daripada keseluruhan pekerja lelaki Melayu di Malaysia adalah bergaji lebih rendah daripada RM2,200 sebelum.

Mungkin ada yang akan kata, itu Malaysia, Kuala Lumpur dan Selangor gaji lelaki di sana jauh lebih tinggi. Betul tapi tahukah anda bahawa:

Separuh dari keseluruhan 1.3 juta pekerja di Kuala Lumpur adalah bergaji kurang dari RM3,927 sebulan.

Manakala untuk negeri Selangor pula lebih rendah, separuh dari keseluruhan 1.8 juta pekerja adalah bergaji kurang dari RM2,947 sebulan.

Dan dari peratusan tenaga kerja atau buruh di kedua-dua negeri ini, lelaki mempunyai peratusan ‘double digit’ penyertaan yang lebih besar dari wanita, secara atas kertasnya maka lebih ramai pekerja lelaki akan berada di bahagian bawah median pengajian di atas.

Jadi, berbalik kalau nak kena gaji lebih RM5,000 ataupun RM7,000 baru boleh jadi ‘suami’ macam yang disebut di dalam video.

Tidaklah niat aku nak perlekehkan atau kecam pilihan dua wanita tersebut, cuma isu ketidaksepadanan realiti dan harapan yang aku nak singgung kalau ia adalah kepercayaan wanita di luar sana.

Kalau bukan itu realitinya, maka kita tak ada masalah. Bukan apa kalau itu adalah realitinya, wanita harap suami gaji sekian sekian jumlah, tetapi realitinya jauh nun tersasar…

Harapnya kedepan nanti, Rosyam Noor taklah buat pula siri audio siar (podcast) dan sebut benda yang sama kepada pekerja lelaki tempatan sepertimana yang dia sebut perihal pekerja lelaki warga asing tempoh hari.

Sumber: Khairul Azri

Baca:

‘Hantu pun tak sampai hati nak sakat’ – Balkoni pun boleh letak sewa RM600

Biar betul nak guna bom robohkan Stadium Shah Alam, ini penjelasan Menteri Besar

Banyak pula kes kereta baru beli tiba-tiba rosak, ini tips berharga cara pastikan kereta benar-benar baik