Realtime website trackingweb stats

“Jualan meletop!” Bermodalkan daun ketapang dikutip tepi jalan, lelaki berjaya jadi jutawan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Siapa sangka, seorang penuntut universiti berjaya memperoleh pendapatan yang lumayan dengan hanya mengutip daun kering di kampus.

Berhasil menjadi jutawan, lelaki itu mula mendapat idea untuk meniaga pada 10 tahun lalu ketika masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Terdesak untuk meneruskan hidup, gaji yang diterima lelaki itu pada sedekad lalu sebagai pembantu penyelidik tidak cukup untuk menampung kos sara hidupnya.

Enggan berputus asa, lelaki yang bertekad mahu mendapatkan wang tambahan itu membuat keputusan untuk membuat carian di internet mengenai jualan atas talian.

Mengejutkan, lelaki berkenaan mendapati ‘indian leaf’ atau lebih dikenali sebagai daun ketapang di kalangan rakyat tempatan rupanya sangat popular di pasaran luar.

“Jualan meletop!” Bermodalkan daun ketapang dikutip tepi jalan, lelaki berjaya jadi jutawan

Sangat mudah dijumpai di kampusnya, daun ketapang itu rupa-rupanya memiliki nilai dan permintaan yang tinggi di platform atas talian (e-dagang) antarabangsa, eBay.

Mengagumkan, lelaki yang dikenali sebagai Dr Mohd Zulariffin Md Maarof itu kini telah bergelar pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), lapor Mstar.

“Rupa-rupanya, daun ini (indian leaf) adalah daun ketapang yang bersepah di UTM. Jadi saya terus mencari daun-daun kering dan menggosoknya untuk membuang debu serta tanah.

“Kemudian saya buka akaun eBay dan mengambil (memuat naik) foto daun ketapang yang kering untuk dijual. Malam itu saya tidur seperti biasa.

“Tetapi apabila bangun pada keesokan paginya, saya dapat emel menyatakan 30 helai daun berharga AS$1 setiap satu sudah dibeli pelanggan dari Texas, Amerika Syarikat (AS),” katanya memetik Mstar.

Terus ‘melompat’ apabila tempahan masuk, Dr Zulariffin begitu teruja untuk mencari daun kering lain sebelum mula menjual barang dari China selepas mengumpul modal.

Dalam penjualan daun ketapang yang tidak memerlukan modal itu, Dr Zulariffin hanya perlu mengeluarkan wang RM8 bagi menampung kos penghantaran ke luar negara.

“Saya hanya keluar modal sebanyak RM8 untuk kos pos ke luar negara, modal lain hanya pungut daun ketapang kering yang bersepah-sepah di tepi jalan.

“Dari situ saya berjaya memperoleh untung sebanyak AS$30 (RM138.99) dengan menjual 30 helai daun ketapang kering di laman eBay.” Ulasnya lagi.

Berhasil memperoleh RM1 juta pertama pada usia 29 tahun, Dr Zulariffin turut membuka restoran nasi beriani sebagai perniagaan sampingan bagi menambah pendapatan.

Dr Zulariffin kemudian membuka kelas bimbingan perniagaan atas talian secara fizikal khusus buat pelajar universiti awam untuk melahirkan ramai lagi usahawan di Malaysia.

Baca juga: Jual menu western pada harga rm1.90 kalah harga RAHMAH! Kedai ini raih perhatian