Tentu jemu dibuatnya asyik menghadap lauk ayam masak kari sahaja.
Takkan pula setiap hari makan ayam goreng. Dah macam Upin Ipin pula nanti.
Apa kata belilah nanas sebiji atau paling tidak pun nanas dalam tin. Masak lauk ayam sambal nanas ini memang menyelerakan.
Kombinasi rasa masam dan pedas ini dijamin akan menyebabkan anda pasti dipuji ahli keluarga atau rakan-rakan serumah.
Cubalah resepi mudah dan sedap ini sekarang.
AYAM SAMBAL NANAS
Bahan-bahan hiris:
- 2 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 4 biji cili api hijau
- 2 ulas bawang putih
Bahan-bahan lain:
- 1/2 ekor ayam goreng
- Serbuk kunyit
- Garam
- Minyak bekas goreng ayam
- 4 sudu makan cili kisar
- Sedikit air
- 2 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan stok ayam
- 1/2 tin nanas kiub
- 2 sudu makan jus nanas tinCara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Baca:
Tindakan ibu Aliff Syukri cerita keburukan produk ini raih pujian netizen
Selepas serangan jantung, sakit tulang belakang pula – Ini keadaan terbaharu Menteri Ekonomi
Nampak tenggelam timbul, isteri sedih tidak dapat selamatkan suami dihanyut ombaka