Baru-baru ini, tindakan sekumpulan remaja memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih berhampiran kawasan stesen petrol telah dikritik oleh orang ramai.
Walau bagaimanapun, dengan tularnya video tersebut, terdapat juga yang berpendapat bahawa perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana mereka memasak di kawasan yang jauh dari pam petrol.
Ini telah mendorong @pakcikshell untuk menjelaskan secara terperinci mengapa tindakan memasak itu patut dilarang.
Ini kerana wap daripada minyak petrol boleh merebak sejauh 10 meter dari pam, tempat mengisi minyak, dan paip vent pipe.
Pakcik Shell juga menunjukkan jarak 10 meter daripada kedua-dua sumber tersebut.
Pada pendapat anda, adakah jarak dalam video yang tular itu mencecah 10 meter?
View this post on Instagram
Baca:
Awas! Elak kongsi ‘screenshot’ akaun KWSP jika tidak mahu terdedah dengan ancaman ini
Dah berzaman sambut hari ibu, ada yang dakwa bercanggah syarak? Ini penjelasan dan nasihat mufti