Realtime website trackingweb stats

Jangan terkejut restoran berputar Menara KL dah tiada, rupanya ‘sangkut’ kes rasuah RM500,000

Oleh ADINDA

Jika anda mahu bercadang pergi ke restoran berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur (KL), elok batalkan saja hasrat itu.

Sebabnya, restoran di ketinggian 282 meter itu sejak 21 Disember lalu, telah diperintah supaya dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hanya dua minggu sehingga 4 Januari depan tempoh diberi untuk premis itu dikosongkan.

“Peguam bela Menara KL yang dimiliki Hydroshoppe Sdn Bhd memaklumkan mengenai perintah terbabit yang dikeluarkan mahkamah,” lapor BH memetik sumber daripada seorang kakitangan restoran itu.

Hydroshoppe pada 5 April lalu, dan seorang pengarahnya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan.

Pertuduhan itu termasuk menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ia bertujuan mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.

Namun, Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussain dan Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan kerana seseorang yang bersekutu dengannya iaitu Abdul Hamid Shaikh secara rasuah menawarkan wang RM500,000 setahun selama tempoh itu kepada Datuk Tan Ser Lay, 60.

Tawaran wang itu bagi faedah Annuar dengan niat untuk memperoleh perniagaan iaitu pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.

Baca:

Luluh hati tengok rumah hanya nampak bumbung, dokumen terapung, banjir terburuk di Kelantan

Lipan akan masuk dalam rumah jika ada benda-benda yang dia suka ini

Dah nak masuk tahun 2024, lelaki ini masih guna taktik lama curi tabung masjid, awal-awal dah kantoi