Realtime website trackingweb stats

Jangan hujung bulan panas hati tengok bil, 3 cara jimat elektrik dari pekerja TNB ini boleh dah amalkan

Oleh ADINDA

Musim panas sekarang ini mungkin ramai yang tidak fikir jangka panjang dengan penyaman udara terpasang 24 jam dalam mod tinggi.

Itu belum lagi penggunaan segala peralatan elektrik tanpa kawalan atas alasan keperluan tanpa sedar sebenarnya telah melakukan pembaziran.

Seorang pekerja TNB menyenaraikan beberapa tips penjimatan elektrik supaya anda tidaklah panas hati terima bil api nanti.

Jangan hujung bulan panas hati tengok bil, 3 cara jimat elektrik dari pekerja TNB ini boleh dah amalkan

Ini antara 3 cara dikongsikan Fawwaz Johari yang mungkin ramai orang selepas ini boleh mula buat dan amalkan:

1. Cabut plug sebelum masuk tidur

Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan.

Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.

Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50.

Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.

Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.

2. Guna lampu LED

Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.

3. Guna ‘turbine ventilator’ di bumbung

Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, turbine ventilator telah dipasang di atap rumah ini.

Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar.

Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut.

Dengan menggunakan turbine ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.

Baca:

SST naik bukan alasan, peniaga bazar usah ‘cekik darah’ sebab penguat kuasa KPDN akan berkeliaran!

Rangup & cair di mulut, resipi biskut bangkit jadi pilihan ramai di pagi raya

Pemaju hartanah swasta terbesar China bergelut masalah kewangan, ini nasib menimpa Forest City