Jana pendapatan hanya dengan ‘main’ FB, ini yang anda perlu buat

Oleh ABDULLAH HAMID

Jana pendapatan hanya dengan ‘main’ FB, ini yang anda perlu buat. Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar dan harga barang yang tidak menentu, ramai rakyat kini mula memfokuskan kepada perkara yang benar-benar penting untuk kelangsungan hidup – terutamanya keperluan keluarga.

Tak cukup dengan kerja hakiki, ramai yang mula mencari sumber pendapatan sampingan. Ada yang berniaga kecil-kecilan, ada juga yang jadi ejen jualan atas talian. Tapi tahu tak, sebenarnya Facebook pun boleh jadi ‘lubuk duit’?

Jana pendapatan hanya dengan 'main' FB, ini yang anda perlu buat

Tip Menarik Jana Pendapatan Melalui Facebook

Seorang pengguna Facebook, Zameer Pentbrush, baru-baru ini berkongsi satu cara mudah dan sah untuk menjana pendapatan melalui platform media sosial tersebut. Ya, Facebook bukan sekadar tempat scroll dan like – ia juga boleh bayar anda setiap bulan!

Apa yang Perlu Anda Buat?

Menurut Zameer, langkah pertama adalah aktifkan “Mode Profesional” pada profil Facebook anda. Selepas itu, klik pada butang “Monetize” dan semak sama ada akaun anda layak atau tidak untuk menerima insentif daripada Facebook.

Kalau layak, anda hanya perlu lengkapkan maklumat seperti nombor cukai dan TIN (Tax Identification Number). Jangan risau, nombor ini boleh diperoleh dengan mudah melalui portal MyTax atau carian di Google.

Selepas semua maklumat dihantar dan diluluskan, barulah ‘kerja’ sebenar bermula – anda boleh mula hasilkan kandungan seperti reel, gambar, atau story, dan Facebook akan membayar anda berdasarkan prestasi kandungan tersebut!

Bagaimana Kalau Tak Lulus?

Kalau permohonan anda tidak diluluskan pada awalnya, jangan putus asa. Facebook akan beri anda beberapa tugasan untuk diselesaikan terlebih dahulu. Selepas itu, anda boleh cuba mohon semula.

Apa Syarat yang Perlu Dipatuhi?

Menurut garis panduan Meta, antara syarat utama untuk menjana pendapatan melalui Facebook termasuklah:

  • Anda perlu cipta kandungan di ruang yang layak, seperti Halaman, Profil Mod Profesional, Acara atau Kumpulan.
  • Anda mesti berada di negara yang layak.
  • Kandungan perlu asli, bukan dikongsi dari akaun lain.

Elakkan sebarang kandungan berunsur keganasan, seksual, kebencian atau palsu.
Patuh kepada Content Monetization Policies dan Piawaian Komuniti Facebook.
Dan jangan lupa, anda juga perlu bersedia dengan syarat pembayaran yang ditetapkan oleh platform tersebut.

Dalam dunia digital hari ini, peluang menjana pendapatan bukan sahaja di luar rumah, tapi juga di hujung jari anda. Kalau anda suka berkongsi cerita, gambar atau video – kenapa tak gunakan peluang ini untuk dapatkan sedikit ‘duit poket’ daripada Facebook?

Sedikit usaha, konsisten dan patuhi syarat – mungkin ini boleh jadi sumber sampingan yang anda tak sangka-sangka.

BACA JUGA : 

Kekayaan mencapai RM 821 billion, pengasas Facebook bilionaire termuda dunia

Cara sembunyikan tarikh lahir ,notifikasi ‘birthday’ dari orang lain di Facebook

Patutpun post pasal Palestin sukar viral di Facebook, ini penjelasan Meta