Realtime website trackingweb stats

Jam 2 pagi ketuk pintu, tapi komentar netizen tak pernah nak ‘relaks’, muncul pula pinjam RM100

Oleh FATIN AQILAH

Kecoh di sekitar Parit Raja dan Ayer Hitam, Batu Pahat insiden bunyian ketuk pintu jam 2 pagi. Apabila dibuka tidak pula ada sesiapa di luar.

Ketukan itu dilapor menghantui penduduk terutama bagi mereka yang tinggal di Kampung Parit Haji Siraj tetapi nampaknya tidak buat netizen.

Semua pemilik rumah di kawasan itu mendakwa mereka menjadi ‘mangsa’ ketukan bermula awal pagi yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.

Kawasan lain terlibat adalah Parit Haji Salleh, Parit Samion, Parit Kangkar serta kawasan sekitarnya turut mengalami nasib sama.

Namun, komentar warganet memang tak pernah nak ‘relaks’. Perkongsian klip CCTV yang memaparkan detik-detik ketukan itu kedengaran mengundang pelbagai reaksi.

Walaupun ada yang mengaku seram selain menasihatkan supaya membaca al-Quran dan beri salam sebelum masuk rumah, ramai pula dilihat buat lawak.

“Aku penah kena. Dok rumh tengok tv malam-malam ada orang ketuk pintu. Aku buka eh member nak pinjam RM100. Dah bagi sampai sekarang tak bayar.

“Siapa ada dengar macam orang bisik dia nak pinjam RM100?

“Rumah saya kena (ketuk) jugak. Tapi dia picit hon moto terus,” antara komen lucu di TikTok.

Selain itu, ada pula yang menganggap gerakan CCTV itu pula yang mengundang rasa seram.

“Part paling seram CCTV bergerak sendiri. Terlepas hp aku!” kata seorang netizen pula.

Sementara itu, lapor Harian Metro, penduduk Parit Haji Siraj, Nur Yana Nazwa Hussin, 35, berkata, pintu rumahnya antara terawal diketuk sebanyak tiga kali.

Menceritakan kejadian menakutkan itu, ibu kepada dua anak berkata, peristiwa pertama berlaku pada 2 pagi, 3 November lalu apabila tingkap hadapan rumah diketuk sebelum dia membuka namun tiada kelibat sesiapa pun.

“Waktu kejadian pertama, saya bersama suami (Nizam Sarbini, 46) ada di rumah dan dia terus keluar melihat siapa individu terbabit. Puas kami keliling rumah mencari namun tiada kelibat yang kelihatan.

“Kejadian kedua pula, ‘dia’ ketuk pintu belakang dan malam semalam, pintu hadapan pun kena ketuk. Waktu ketukan itu berlaku sekitar 2 pagi namun, saya tidak berani buka pintu.

“Ketika itu, suami dah tidur dan hanya saya seorang yang dengar. Saya terus diam dalam lama-kelamaan ia terus senyap,” katanya lagi.

@kluangparanormalreal Lokasi parit raja johor #seram #mistik #ketukkanpintu #jin #alamghaib #videoviral #fyp #gangguan #meledak #detikseram #kluangparanormalreal #kpr #paranormalmalaysia ♬ bunyi asal – 🦇 Kluang Paranormal Real 🦇

Baca:

“Saya dah tak larat, sudah 13 tahun, saya fikir pergaduhan ini perlu dinoktahkan” – Neelofa

Saya terima seadanya, saya tak boleh bezakan diri saya dengan orang lain” – Syed Saddiq sebak diputus bersalah

Bagi yang nak mula berlari, boleh ikut panduan ini, Tengku Zafrul pun amal latihan interval