Perasan atau tidak, setiap kali anda berkunjung ke kawasan desa dan perkampungan,
pasti anda akan melihat banyak rumah yang dicat dengan warna hijau yang sama, iaitu ‘hijau miskin’.
Warna yang dikenali sebagai ‘green gecko’ ini juga sangat popular di Indonesia kerana harganya yang lebih murah.
Menerusi carian di TikTok dengan hashtag #HijauMiskin, istilah ini muncul disebabkan oleh warna yang digunakan lebih terang
kerana tidak dicampurkan dengan warna lain, walaupun secalit putih. Warna ini mempunyai pantulan yang sangat kuat!
Jadi, jika anda tidak mahu tersenarai sebagai pengguna warna hijau miskin dalam dekorasi rumah, berikut adalah beberapa pilihan warna hijau lain selain ‘hijau miskin’.
Hijau Asparagus
Warna ini terinspirasi daripada tanaman asparagus yang dikenali sebagai sayuran musim panas.
Ramai yang gemar menjadikan hijau asparagus sebagai warna dinding kediaman kerana ia memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Kombinasi dengan warna putih krim akan menyerlahkan lagi ruang tersebut.
Kod warna: #87a96b
Hijau Olive
Warna hijau ini biasanya dianggap sebagai warna yang natural kerana ia merupakan campuran sedikit coklat dan keemasan. Ramai yang menyukai warna hijau olive, terutama dalam busana raya.
Kod warna: #708238
Hijau Mint
Mint green adalah warna yang popular dan sering digunakan sebagai cat dinding dalam rumah minimalis. Ada juga yang memilih warna ini untuk pakaian rasmi seperti majlis perkahwinan kerana sifatnya yang lembut.
Kod warna: #98FB98
Hijau Mantis
Variasi warna hijau ini terinspirasi daripada belalang (mantis adalah belalang betina). Sesetengah bahan dekorasi dan ruangan memerlukan warna hijau yang lebih terang untuk menimbulkan suasana istimewa, dan hijau mantis adalah pilihan terbaik untuk menyerlahkan konsep yang diingini.
Kod warna: #74c365
Hijau Lumut
Warna hijau ini terinspirasi daripada lumut, dan penggunaannya dalam hiasan dalaman termasuk cat dinding akan memberikan kesan sejuk dan nyaman kepada penghuni. Warnanya yang lebih gelap juga memberikan suasana yang menenangkan, sesuai untuk bilik tidur.
Kod warna: #8a9a5b
BACA: Punca tasik indah di Siberia berwarna merah jambu terjawab juga