Kelibat pemotong rumput di lebuh raya atau laluan dalam bandar sememangnya ‘menggerunkan’ bagi pemandu.
Ini kerana ramai yang bimbang batu atau serpihan rumput yang terpelanting akan terkena cermin kereta, sehingga menyebabkan retak atau pecah.
Kos untuk menggantikan cermin yang rosak bukanlah murah, dan jika anda membeli insurans cermin, anda mungkin perlu menambah wang sendiri.
Namun, dalam situasi tertentu yang melibatkan kontraktor pembersihan jalan dan lebuh raya,
anda sebenarnya boleh menggantikan cermin kereta yang pecah secara ‘percuma’.
Bagi yang belum mengetahui caranya, berikut adalah langkah-langkah yang dikongsikan oleh Che Pai:
1. Apabila cermin kereta pecah atau retak akibat kerja pemotongan rumput, berhenti dekat dengan pasukan pemotong rumput dan jangan marah mereka.
2. Ambil gambar lokasi kejadian.
3. Tanya khabar pemotong rumput dan dapatkan nombor penyelia mereka, kerana mereka tidak membawa tunai untuk menyelesaikan masalah di tempat kejadian. Hubungi penyelia jika perlu.
4. Penyelia akan datang segera untuk mengambil gambar mereka dan pekerja yang sedang bertugas.
5. Penyelia akan meminta anda mengambil gambar kereta dan juga keadaan cermin yang pecah.
6. Anda akan dimaklumkan tentang panel yang menguruskan penggantian cermin kereta yang pecah.
7. Hubungi pihak panel tersebut dan hantarkan gambar cermin serta model kenderaan anda. Kebiasaannya, mereka akan membuat tempahan terlebih dahulu dan proses ini mengambil masa sekitar satu hari.
8. Pihak panel kemudian akan memberikan lokasi untuk melakukan penggantian dan pemasangan secara percuma. Ini bermakna kos penggantian cermin ditanggung sepenuhnya oleh insurans mereka.
9. Sekiranya pemotong rumput melarikan diri, anda boleh terus ke Majlis Perbandaran lokasi terbabit untuk mendapatkan nombor telefon kontraktor yang bertugas.
BACA: Nak anak genius, jadi budak pandai? Ini amalan mujarab ibu mengandung patut buat