Istimewa untuk peminat makanan kerabu, anda patut mencuba menu Kerabu Tembikai yang dikongsi oleh saudari Misbahul Munirah ini.
Ini kerana hidangan ‘istimewa’ dari Utara ini sangat sedap dan mudah disediakan.
Kelebihan isi buah tembikai yang biasanya dibuang begitu sahaja, sebenarnya boleh dijadikan hidangan pembuka selera.
Anda wajib mencuba.
Bahan-bahan:
• Lebihan isi tembikai yang lepas dipotong (masih di kulit)
• 1 biji bawang merah
• 5-6 biji cili padi hijau
• Belacan secukupnya
• Sedikit garam
Cara memasak:
1. Kikis lebihan isi tembikai yang tersisa di kulit hingga ke lapisan putih. Letakkan dalam mangkuk.
2. Tumbuk belacan dan cili padi. Selepas itu, potong bawang merah dengan halus.
3. Campur semua bahan dan adun rata. Tambahkan sedikit garam untuk menambahkan rasa.
4. Gaulkan dengan baik dan siap untuk dinikmati.
Info tambahan: Kerabu Tembikai ni dibuat lebih pedas, lebih sedap rasanya.
Baca:
Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU
Malaysia masih sanjung rumput lembu, TMJ tegur pihak berwajib