Siapa sangka seorang penerima bantuan boleh pula tukar baju-T yang dipakainya kepada lengkap bersut.
Gelagat orang susah itu akhirnya membuatkan pemberi bantuan yang berbaju merah berkenaan pula terkesima.
Video parodi mengenai pemberian sumbangan itu dianggap lucu dan di luar kotak hingga mengundang persoalan siapa sebenarnya penerima sumbangan.
Susulan itu, ada dalam kalangan warganet menasihatkan pentingnya bantuan yang dihulurkan itu diiringi keikhlasan.
“Ingatkan dia nak masuk pakai baju elok sikit tapi ni tukar baju elok banyak.
“Di sebalik beri bantuan tapi nak glamor supaya disegani dan dihormati.
“Kalau ambil gambar nak menunjuk memang macam tu kena ajar. Memang lawak,” demikian antara kata pengguna YouTube.
Namun, ramai berpendapat sesi bergambar semasa mengagihkan bantuan atau sumbangan dilakukan bagi tujuan laporan selain bukti buat kerja.
“Takde gambar nanti, kata badan amal ni tak buat kerja pula,” kata netizen.
Dalam masa sama, ada memberitahu parodi itu sebenarnya meniru ‘content’ berbentuk sindiran dari China.
Baca:
Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum
Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar
Tanam sendiri daun bawang ‘confirm’ sedap & manis, boleh petik bila-bila masa