Realtime website trackingweb stats

Idea trendy hias ruang tamu, nampak elegan dan tenang

Oleh NURAIMAN

Memasuki tahun baharu seterusnya tidak lama lagi akan menyambut hari raya, pastinya ramai yang sedang sibuk menguruskan pelbagai perkara seperti pemilihan baju raya, dekorasi rumah dan macam – macam lagi termasuklah aspek kekemasan rumah.

Sudah menjadi tradisi, setiap rumah pada musim perayaan mesti kelihatan kemas dan meriah lebih – lebih lagi dengan kepulangan sanak – saudara yang jauh di mata turut menceriakan suasana rumah.

Jadi, sebelum menjelang raya, jom ikuti perkongsian daripada Nextstep berhubung tips mudah dekorasi ruang rumah

1. Pencahayaan

Idea trendy hias ruang tamu, nampak elegan dan tenang

Ruang tamu berperanan untuk menyambut tetamu pastinya memerlukan pencahayaan yang berbeza berdasarkan mood semasa.

Sebagai Langkah selamat, pasangkan dua jenis lampu iaitu pencahayaan putih (day light) dan pencahayaan kuning (warm light) di kediaman anda. Kedua – dua jenis lampu ini amat penting, tetapi jika ruang itu boleh ditembusi Cahaya matahari, anda digalakkan untuk mengurangkan pencahayaan di tempat itu.

2. Susunan perabot

Idea trendy hias ruang tamu, nampak elegan dan tenang

Susunan perabot juga memainkan peranan penting dalam mencipta ruang yang selesa dan mesra selain akan menampakkan ruang itu menjadi luas.

Peletakan perabot secara berkelompok membentuk suasana yang mesra perbincangan dengan meletakkan sofa berdekatan antara satu sama lain supaya tetamu tidak terasa terasing.

Selain itu, ada juga perlu mengambil kira peletakan perabot supaya ia tidak menganggu lalu lintas keluar masuk tetamu.

3. Dinding rumah

Tidak kiralah anda mahu mengecat atau menampal wallpaper pada dinding rumah, pastikan anda memilih warna yang menenangkan minda dan fikiran.

Anda juga tidak disarankan untuk meletak terlalu banyak warna pada dinding rumah kerana dikhuatiri akan nampak lebih serabut.

Tips berguna bagi pemilihan warna supaya ruang kelihatan luas dan bersih, digalakkan untuk memilih warna yang lembut seperti hijau muda, atau putih.

4. Ruang tamu/ruang makan

Idea trendy hias ruang tamu, nampak elegan dan tenang

Dua ruang ini amat penting bagi setiap rumah. Tetamu datang bukan untuk berborak Sahaja, pasti akan makan juga.

Jadi, dua ruang ini harus sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Barang – barang yang tidak diperlukan harus disimpan di dalam kabinet atau tempat tertutup.

Pastikan juga kelengkapan makan minum seperti pinggan mangkuk sentiasa mencukupi.

Jom mengemas dan deko – deko. Selamat mencuba!

Baca:

Meminta nak diboikot agaknya, netizen dedah Dunkin’ Donuts promosi donut tema sokong Israel

Ada kelainan jejak Perlis 1 Februari nanti, ini negeri ke-4 wajibkan tulisan jawi

Teramat kaya pun susah rupanya kena aniaya, ini reaksi isteri Daim Zainudin selepas Menara Ilham disita