Aksi ‘rare’ bos AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hadir mesyuarat secara maya tanpa berbaju sambil diurut seorang wanita mengundang kecaman dan sindiran.
Tidak kurang juga ada yang ‘mengambil kesempatan’ dengan berharap agar harga tiket penerbangan AirAsia selepas ini lebih murah.
Ramai juga berpendapat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd berusia 59 tahun itu bebas berbuat demikian kerana dia bos bukannya pekerja bawahan.
Walau bagaimanapun, rata-ratanya masih menyifatkan tindakan Fernandes tidak wajar malah bercanggah dengan nilai hidup bernegara rakyat Malaysia iaitu Kesopanan dan Kesusilaan seperti terangkum dalam Rukun Negara.
Gambar Fernandes menampakkan dadanya dengan seorang individu dikatakan tukang urut di belakang tokoh korporat itu tersebar selepas dikongsikan di akaun LinkedIn beliau pada 16 Oktober.
Hantaran itu dikatakan sebagai menghargai Air Asia kerana membenarkan urutan dan mesyuarat pengurusan berlangsung secara serentak.
“Merupakan minggu yang penuh tekanan dan (tukang urut) mencadangkan urutan.
“Saya harus mencintai budaya Indonesia dan AirAsia yang saya boleh berurut dan melakukan mesyuarat pengurusan,” demikian antara tulisan dalam hantaran itu yang kemudiannya dipadamkan.
Rupanya, aksi berani minta maki itu juga mengundang kritikan media dan masyarakat antarabangsa memandangkan AirAsia adalah antara sebilangan kecil jenama Malaysia yang sudah dikenali di peringkat global.
Mereka turut menyifatkan tindakan jutawan yang berada di tangga ke-41 warganegara Malaysia terkaya dalam senarai Forbes itu sebagai melampaui batas norma sosial, kurang sopan dan tidak profesional.
Baca :
Mana pula datang deretan lima kubur di tepi jalan? Ketua kampung wanita ini tampil lerai ‘misteri’
Gara-gara ‘aset’ miliknya dah 3 hari tak mahu turun, lelaki ini terpaksa tebal muka pergi hospital