Realtime website trackingweb stats

Geram lihat komen ‘What Country Is This’, warga maya nak cari lelaki ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Pelbagai jenis kandungan boleh ditemui dalam TikTok seperti kandungan berkaitan ilmu, hiburan, dan sebagainya.

Namun, sebagai pengguna internet, kita perlu mengawal perkataan kita sebelum memberikan komen pada kandungan seseorang, kerana mungkin ada yang tersinggung.

Berbeza pula dengan situasi sekarang, apabila anda melihat video TikTok yang menjadi viral, pasti ada individu yang menggunakan gambar orang bukan dari Malaysia dengan menulis ‘Which country is this?’.

Geram lihat komen 'What Country Is This', warga maya nak cari lelaki ini

Melalui video itu, kita dapat melihat seorang lelaki menceritakan rasa tidak puas hati terhadap komen yang selalu muncul di video-video TikTok.

Komen yang bertanya ‘Negara mana ini?’ seringkali muncul di pelbagai video TikTok, sehingga menyebabkan lelaki tersebut memberikan reaksi negatif terhadap komen tersebut.

“Aku tak bolehlah tengok, kejap-kejap dia keluar. Apa yang kemaruk nau kau ni,” ujarnya.

Malah, komen-komen tersebut sering dikeluarkan dengan username berbeza tetapi masih gambar profil yang sama.

Ada juga yang meluahkan rasa yang selepas mendapat juga komen yang sama dan ingin mencari siapa yang membuat komen itu.

Rasa tidak suka betul jika dia memberi komen, di mana-mana sahaja ada.

@sasisavage31 Replying to @TOMMY Cis😡 #sasisavage ♬ original sound – SasiSavage

Baca:

Netizen kritik individu tiada adab berkelah tepi kubur

Awas! penduduk Terengganu diminta waspada tiga jalan utama ditenggelami banjir kilat

Tak lama dah, semua lesen B2 auto jadi B, ini perkembangan setakat ini