Realtime website trackingweb stats

Gelabah asyik kena ‘tegur’ di Seremban, ini bukti rakyat Malaysia memang alergi bunyi hon

Oleh SHAZLIN AZIZ

Seorang wanita kelihatan gelabah dan tertanya-tanya mengapa pengguna jalan raya di sekitar Seremban asyik ‘tegur’ beliau.

Bunyi hon tiga kali daripada beberapa pemandu di belakang dan yang memintasnya menyebabkan wanita berkenaan sedikit berang serta beristigfar.

Beliau menganggap sudah jadi pemandu berhemah selain mengaku stres mengapa pengguna jalan raya lain asyik membunyikan hon terhadapnya.

“Ya, aku dah bagi signal. Tolonglah lalu,” rungut wanita itu nampak seperti pasrah.

Rupa-rupanya, hon yang kerap ditujukan kepada beliau berpunca daripada satu ‘pesanan mesra’ sempena hari ulang tahun kelahirannya.

“Hari ini hari jadi saya. Sila hon 3x untuk wish birthday! :),” tertera pada kertas yang ditampal di belakang kereta wanita itu.

Akhirnya, kemusykilan pemandu berkenaan terjawab sejurus melihat sendiri apa yang ada di belakang keretanya sehingga asyik kena hon.

Sahihlah sudah, pemandu wanita berkenaan kena sakat dengan adiknya.

“Terima kasih warga Seremban yang sangat sporting. Terima kasih ucap hari jadi kepada kakak kami ini.

“Maaflah kalau masa memotong tu dia buat muka menakutkan. Dia tak tahu orang wish dia sebenarnya,” tertera pada kapsyen video itu.

Rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur melihatkan reaksi gelabah wanita berkenaan kena hon selain menyifatkan pemandu sekitar Seremban sebagai ‘sporting’.

“Adiknya pun bukan main menyakat kakak dia. Apa-apa pun, hope you happy.

“Kesian kak tu stres dia 🤣

“Untunglah sepanjang jalan orang wish..😂👏

“Happy birthday kak. Nasib baik akak jenis penyabar. Sopan je,” demikian antara komentar netizen.

Dalam masa sama, ada yang berseloroh berkata, jika di India, tak perlu minta orang bunyikan hon pun kerana budaya pemandu di sana sepanjang masa berbuat demikian.

Ada juga memberitahu, jika mereka di tempat pemandu wanita berkenaan, sudah lama ajak gaduh sekaligus bukti rakyat Malaysia memang alergi dengan bunyi hon apa lagi bertalu sehingga tiga kali.

Baca:

Jepun dah catat suhu sangat panas selepas 125 tahun, ini 12 fakta pemanasan global patut kita insafi

Pakar kanak-kanak dedah sisi gelap animasi Cocomelon, rupanya bahaya pada otak anak-anak

Pemuda ucap bye bye kepada hotel ini, dalam ratusan bilik hanya satu bilik ditempah, patutlah murah rupanya…