Realtime website trackingweb stats

Gaji RM8000 belum cukup jamin kesejahteraan hidup di kota

Oleh SHAZLIN AZIZ

Artikel ini adalah perkongsian seorang pengguna laman Facebook iaitu Mohd Zariff yang menceritakan berkenaan gaji RM8000 belum cukup untuk menjamin kesejahteraan hidup bagi mereka yang tinggal di kota.

Gaji 8000 pun masih struggle.

Ini adalah seperti yang dikongsikan oleh Puan R kepada Ir Abdul Rahman Bahasa.

Gaji RM8000 belum cukup jamin kesejahteraan hidup di kota

Gaji Suaminya RM8,000

Lepas tolak beberapa potongan gaji bersihnya tinggal RM6,000 sahaja.

Puan R ada 4 orang anak.

3 orang sudah bersekolah dan 1 orang lagi masih berumur 4 tahun.

Menurut Puan R, inilah Pecahan Belanjawan Bulanan mereka

Untuk anak dan belanja asas keluarga:

• Kereta: RM850
• Rumah: RM600
• Barang Dapur Kering: RM450
• Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
• SSPN ANAK: RM200
• Van Sekolah ANAK: RM100
• Yuran Ngaji ANAK: RM60
• Yuran Tusyen ANAK: RM200
• Belanja sekolah ANAK: RM624

Jumlah: RM3,984

Utiliti:

• Coway: RM130
• Elektrik: RM80
• Air (bayar untuk meter pukal): RM40
• Astro: RM90
• Petrol: RM200
• Unifi: RM150

Jumlah: RM690

Belanja untuk masa hadapan:

• Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
• Hibah: RM200

Jumlah: RM400

Bakti kepada ibu bapa:

• Ibu Bapa (Kedua- dua buah keluarga sendiri dan mertua): RM400

Hutang luar jangka:

• Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
• LEBIHAN: RM226

Kesimpulannya, persatuan perbelanjaan keluarga Puan R adalah

• 66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga
• 11.5% digunakan untuk Utiliti
• 6.7% digunakan untuk Masa Hadapan
• 6.7% digunakan untuk Ibu Bapa
• 5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka
• Lebihan??? Hanya 3.7%.

Jumlah: 100%

Dari segi perbelanjaan ini nampaknya belanjawan Puan R lebih kepada anak dan barang asas.

Tak nampak pun perbelanjaan untuk Tol, Parking dan Bill Handphone.

Menurut Puan R untuk cover benda tu Suami kena buat OT.

Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit.

Kalau tak ada mereka terpaksa meminjam.

Tentang macam mana nak uruskan perbelanjaan ni saya tak beranilah nak komen.

Setiap family ada cara belanja nya sendiri.

Ada kepentingannya sendiri.

Tak layak untuk kita komen itu betul, ini salah.

Apa yg kita boleh belajar di sini adalah sangat penting untuk kita ada skill tambah income.

Kalau kita ada skill tambah income, dapatlah kita elakkan diri daripada meminjam demi menampung kehidupan kita.

Kredit: Mohd Zariff

Baca:

Baki tol tidak cukup? Jangan sampai bahayakan nyawa, pengguna perlu tekan “button intercom’ & tunggu ‘runner’

Heboh netizen pasal Aliff Aziz belum reda, Bella Astillah mulakan bisnes jual kuih raya

Dapat 3 tawaran sekaligus, tetapi sekolah ini yang dipilih anak Dr Sheikh Muszaphar