Empat hari ke KL, balik rumah tengok suami dah meninggal disyaki dibunuh anak OKU. Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran didapati hidup bersama mayat bapanya selama beberapa hari.
Mayat bapanya itu dijumpai di rumah keluarga itu di Flat Purnama, Bentong pada Ahad lalu oleh pihak polis selepas menerima laporan tentang penemuan mayatnya kira-kira jam 11 pagi.
Lelaki berusia 64 tahun itu ditemui terbaring di atas lantai rumah berkenaan dan difahamkan isteri mangsa berusia 61 tahun dan anak keduanya berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur sejak 19 Jun kerana mempunyai urusan perubatan di sebuah hospital.
Anak lelakinya itu kemudian ditahan untuk siasatan selepas polis mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian badan dan kesan terbakar pada kain yang menutup mayat mangsa.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dia direman selama tujuh hari bermula 25 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Advertisement
Kami masih menyiasat mengenai aktiviti yang dilakukan ‘suspek’ sepanjang tempoh dia berada di rumah berkenaan (bersama) mayat mangsa.”
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Kuantan untuk dibedah siasat.