Realtime website trackingweb stats

Elok-elok jadi manusia, lelaki ubah diri jadi ‘syaitan’, siap ajak bini sekali

Oleh ADINDA

Elok-elok jadi manusia, lelaki ubah diri jadi ‘syaitan’, siap ajak bini sekali.

Seorang peminat tatu yang digelar ‘Syaitan’ mengambil masa lapan jam di sebuah klinik tatu untuk mendapatkan imej peminat tatu Perancis, Anthony Loffredo yang lebih dikenali sebagai ‘Makhluk Asing Hitam’, lapor laman Mirror UK semalam.

Michel Faro Praddo dari bandar Praia Grande di Brazil berkata, imej pada kakinya itu adalah penghormatan buat Loffredo.

Imej tersebut juga merupakan hadiah Krismas kepada Michel oleh artis tatu, Yunizo Tatoo.

Michel yang dikenali sebagai ‘Diabao’ atau ‘Syaitan’ di laman sosial, tinggal bersama isterinya, Carol Praddo yang juga memiliki minat serupa, malah Carol juga digelar sebagai ‘Wanita Syaitan’.

Elok-elok jadi manusia, lelaki ubah diri jadi 'syaitan', siap ajak bini sekali.Seorang peminat tatu yang digelar ‘Syaitan’ mengambil masa lapan jam di sebuah klinik tatu untuk mendapatkan imej peminat tatu Perancis, Anthony Loffredo yang lebih dikenali sebagai ‘Makhluk Asing Hitam’, lapor laman Mirror UK semalam.Michel Faro Praddo dari bandar Praia Grande di Brazil berkata, imej pada kakinya itu adalah penghormatan buat Loffredo.

Pasangan yang telah bersama selama kira-kira 10 tahun itu dan mula melakukan perubahan melampau pada tubuh mereka kira-kira empat tahun lalu.

Michel yang sudah menjadi artis tatu selama 25 tahun, melakukan pengubahsuaian pada badannya sendiri sepanjang tempoh tersebut.

Selain pernah menutup warna kulitnya dengan dakwat, Michel baru-baru ini memasukkan gading ke dalam giginya, tetapi itu bukanlah pengubahsuaian paling ekstrem yang pernah dilakukan.

Dengan menganggap Loffredo sebagai pendorong, Michel mengikut langkah idolanya dengan menjalani pembedahan membuang dua jari supaya tangan kirinya kelihatan seperti tangan makhluk asing.

Lelaki yang turut mendapat perhatian di laman Instagram bernama @diabaopraddo itu mendakwa menjadi orang ketiga pernah membuang hujung hidungnya.

Selepas lebih 60 prosedur, kira-kira 85 peratus badan Michel kini dilitupi dakwat dan dia merancang untuk mendapatkan pengiktirafan Guinness World Records sebagai lelaki yang paling banyak menjalani pengubahsuaian di dunia.

Baca:

Koleksi terbaru kolaborasi Blackpink+Starbucks buat peminat tak senang duduk. ‘Rare’ sangat!

Tuah badan! Ini tawaran Bell dapat selepas menang APBH 35, rezeki jangan ditolak

Kenyataan bos Mydin ini buat ramai menitis air mata, terkesanya dengan arwah Salahuddin