‘Eh siapa dia?’ Reaksi Nabila Huda bila ditanya siapa Nad Zainal, dah kes baru ke?
Reaksi pelakon Nabila Huda apabila ditanya tentang Nad Zainal menimbulkan tanda tanya ramai.
Terbaharu, Nabila ketika ditemu bual wartawan, berkali-kali mengulangi ayat dia tidak mengenali pelakon tersebut.
“Siapa tu? Nad Zainal? I never heard about her name. Siapa? Dia pelakon eh? Serius i tak kenal dia.
“You guys tahu i dah pernah kena Covid dua kali, jadi itu mungkin simptom-simptomnya, kita akan jadi pelupa. Mungkin saya yang tak ingat tapi saya memang tak tau dia siapa dan tak kenal dia,” katanya ketika menjawab soalan wartawan mengenai tindakannya meninggalkan komen di Instagram (IG) HLive yang menemubual Nad Zainal.
Dalam pada itu Abil ketika ditemubual, sempat menunjukkan sosial medianya untuk membuktikan hubungan mereka, tetapi lain pula jadinya apabila menyedari dia telah disekat Nad Zainal.
“Kalau dia kawan i, mesti i follow dekat IG…Eh i kena block? Walaupun tak kenal boleh kena block eh? Sorry, i tak kenal, maafkan saya,” katanya.
Sehingga kini tidak ada yang tahu apa berlaku di antara mereka tetapi menjadi buah mulut warganet kerana pernah pernah bersahabat suatu ketika dahulu.
Malah mereka terdiri daripada kumpulan sahabat akrab bersama Sherry Al-hadad, Syarifah Sakinah dan Jihan Muse.