Saya ada seorang kakak yang punyai 8 orang anak. Takdir ilahi, suami kepada kakak saya ini (Abang Ipar) meninggal diusia muda, dalam
umur 40an.
Semasa dia meninggal, saya baru mula bekerja makan gaji dengan kerajaan.
Kakak saya ini suri rumah sepenuh masa, kini beliau kena teruskan hidup bersama 8 anak yang kesemuanya masih bersekolah.
Arwah abang ipar saya ini sangat baik kepada saya. Dimasa saya bersekolah menengah, beliau kerap hulurkan wang kertas RM50 bila saya nak bertolak ke asrama.. walaupun beliau hanya seorang nelayan.
Beliau seorang nelayan luarbiasa, dia bercita-cita tinggi. Antara cita-citanya nak bina perniagaan jual bahan binaan rumah.. tapi cita-cita itu tak kesampaian kerana dia dijemput Ilahi diusia muda.
Sebelum itu, arwah abang Ipar serta arwah ayah saya bercita-cita jadi tokey bot setelah sekian lama bekerja sebagai nelayan dengan orang.
Maka pada suatu ketika , arwah abang ipar, arwah ayah dan beberapa bapak saudara berpakat keluar modal beli sebuah bot pukat jerut… Saya masih ingat, arwah ayah bawa wang yang banyak dalam beg pelastik pergi ke Petani, Thailand untuk beli sebuah bot pukat jerut…
maka lahirlah KIAMBANG.
Bot Pukat Jerut Kiambang ini saban hari kelaut menangkap ikan dan bawa balik tangkapan ke pelabuhan Kuala Besut, Terengganu untuk dijual.
Kiambang ini lah yang menjadi punca pendapatan kepada keluarga kakak saya, keluarga saya, keluarga beberapa orang bapa saudara saya serta keluarga para pekerja Kiambang.
Dan Kiambang inilah yang menyara saya bersekolah di Kota Bharu dan seterusnya ke luar negara.
Kiambang inilah yag menyara keluarga kakak saya, ibu tunggal diusia muda memelihara 8 orang anak yang masih bersekolah.
Kiambang ini bekerja siang malam di lautan bergelora saban hari dan saban tahun sehinggalah semua anak-anak kakak saya membesar dan masing-masing punyai pekerjaan yang stabil…
Setelah peninggalan abang ipar, Kiambang diurus oleh sahabat baik arwah, bernama Haji Hassan.
Beberapa tahun lalu Haji Hasan meninggal dan tak lama selepas itu Kiambang djual.
Kakak saya juga telah pulang ke rahmatullah tidak lama selepas itu.
Semoga arwah ayah, kakak, Abang Ipar Haji Jusoh, Pak Saudara Haji Yusof, Haji Hassan dan semua yang terlibat dengan Kiambang termasuk para pekerja yang telah meninggal diampunkan Allah semua dosa dosa dan ditempatkan dikalangan Solehin dan Solehah.
Kesimpulan dari kisah ini – KIAMBANG adalah cetusan idea keusahawanan yang bernilai tinggi dari sekumpulan nelayan.
Kita semua harus contohi sifat keusahawanan sebegini…Dan juga sifat ingin membina sesuatu untuk kesinambungan kehidupan keluarga.
Saya sendiri berazam untuk bina kembali KIAMBANG tapi dengan kaedah yang berbeza.
Kiambang adalah satu bisnes atau perniagaan yang boleh datangkan hasil berpuluh-puluh tahun kepada kita dan keluarga kita walaupun pada satu masa kita telah tiada, insyaAllah.
Kiambang baru ini berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi seperti Advance Integrated Digital Marketing, Ai Apps, Mobile Apps dan lain-lain tetapi dipermudah untuk membinanya.
Baca :
Tweet sokong Palestin, Mia Khalifa kena pecat dari Majalah Playboy
Kecewa dengan Komen Negatif, Mustika, Adik Nur Sajat, Membalas Kritik yang Menghina Penampilannya
Ditanya perasaan bila melihat Sophia Albarakbah di GV10, ini jawapan Aliff Aziz