Realtime website trackingweb stats

Doktor kongsi kesilapan sering mak ayah lakukan apabila telinga anak dimasuki serangga

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Sekiranya anak anda kerap mengadu rasa gatal atau sakit di dalam telinga, jangan ambil mudah.

Ada kemungkinan serangga kecil telah masuk ke dalam telinga mereka dan terperangkap di situ.

Malaysia sebagai negara beriklim tropika memang menjadi habitat

kepada pelbagai jenis serangga sepanjang tahun, meningkatkan risiko insiden seperti ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr. Ahmad Luqman Bukhari, seorang doktor perubatan, berkongsi langkah segera

Doktor kongsi kesilapan sering mak ayah lakukan apabila telinga anak dimasuki serangga

Yang ibu bapa perlu ambil jika menghadapi situasi tersebut. Malah, ada tindakan tertentu yang harus dielakkan kerana boleh memburukkan keadaan.

Berikut adalah panduan yang perlu diikuti:

1. Kekal Tenang

Pastikan anda bertenang dahulu sebelum cuba menenangkan anak. Jika panik, bantuan yang diberikan mungkin tidak berkesan.

2. Elak Mengorek Telinga

Jangan sesekali memasukkan putik kapas (cotton bud) atau alat pengorek ke dalam telinga anak. Tindakan ini boleh menolak serangga atau objek lebih jauh ke dalam telinga.

3. Titiskan Minyak

Gunakan minyak zaitun atau minyak bayi (baby oil) dengan berhati-hati untuk titis ke dalam salur telinga. Ini boleh membantu melemaskan serangga dan mengelakkannya daripada bergerak lebih jauh.

4. Keluarkan dengan Berhati-hati

Jika serangga dapat dilihat dari luar, cuba keluarkan dengan jari atau gunakan pengepit kecil. Pastikan ia dilakukan dengan sangat berhati-hati.

5. Segera ke Klinik

Jika usaha mengeluarkan serangga tidak berhasil, bawa anak ke klinik dengan segera.

Pembersihan telinga yang dilakukan oleh pakar dapat mencegah jangkitan dan komplikasi lain.

Semoga panduan ini bermanfaat untuk membantu anda jika menghadapi situasi kecemasan seperti ini.

BACA: Anak Jamal Abdillah suspek curi Ferrari? Ini respon tuan badan