Realtime website trackingweb stats

Dibawa ombak sejauh 16KM, jasad mangsa lemas ditemui selepas 30 jam pencarian

Oleh ABDULLAH HAMID

Jenazah Zulkarnain Mohamed Zubir, berusia 44 tahun, ditemui lemas di Pantai Batu Buruk pada jam 4 petang semalam selepas pihak berkuasa melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) selama hampir 30 jam.

Mayat beliau ditemui oleh seorang nelayan berdekatan Pulau Kapas, kira-kira 16 kilometer dari tempat kejadian.

Jenazah tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan forensik.

Dibawa ombak sejauh 16KM, jasad mangsa lemas ditemui selepas 30 jam pencarian

Semasa operasi SAR semalam, pihak berkuasa menggunakan dron dan helikopter untuk membantu dalam mencari mangsa.

Sektor carian diperluaskan dari kawasan mangsa yang disyaki hilang.

Berita terdahulu melaporkan bahawa percutian empat keluarga di Pantai Batu Buruk telah berubah menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka disyaki tenggelam pada kira-kira jam 11.20 pagi semalam.

Baca:

Roti telur menu sarapan keluarga, sekejap je confirm habis

Amalan orang dulu – dulu, ketahui kebaikkan minum air rebusan daun pandan

Jangan terkejut kena slip disc akibat duduk terlalu lama, ada lagi simptom lain bagi sakit belakang